CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agong Jalani Prosedur, Pemeriksaan Susulan Di IJN

31-10-2022 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1196| Komen: 10

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani prosedur dan pemeriksaan kesihatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selama beberapa hari, bermula hari ini.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda akan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara setelah menjalani pemeriksaan kesihatan yang dijangka selesai hujung minggu ini.


IG Istana Negara

“Adalah dimaklumkan juga bahawa kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah dijadualkan menjalani prosedur itu pada pertengahan September lepas tetapi ditangguhkan.

Beliau berkata, penangguhan itu berikutan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke London, United Kingdom selama lima hari bermula 16 September lalu bagi menghadiri Istiadat Pemakaman Negara Ratu Elizabeth II.

“Seluruh rakyat diseru bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda menjalani prosedur tersebut serta pemeriksaan kesihatan susulan dengan lancar dan baginda dikurniakan keafiatan yang berpanjangan,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 31-10-2022 06:46 PM
@becir .......
Quote alesandra 31-10-2022 06:48 PM
The last time ydpa masuk ijn..kita dapat pm baru
Quote mojarean_X 31-10-2022 06:53 PM
Semoga dipermudahkan
Quote green~tea 31-10-2022 07:20 PM
alesandra replied at 31-10-2022 06:48 PM
The last time ydpa masuk ijn..kita dapat pm baru

Elok laa dia masuk situ utk check up dan berehat.. nnti jenuh katak2 dan monyet2 request nak masuk mengadap.. biar le dia berehat situ sampai lepas PRU
Quote alesandra 31-10-2022 08:23 PM
green~tea replied at 31-10-2022 07:20 PM
Elok laa dia masuk situ utk check up dan berehat.. nnti jenuh katak2 dan monyet2 request nak masuk ...

Takde katak,monyet.parlimen dah bubar.
Quote alesandra 31-10-2022 08:25 PM
Tak hingin aku mendoakan.
Quote gue 31-10-2022 09:16 PM
Entah2 IJN tu tempat hold secret meeting.. ha.ha.. kejap mahathir masuk kejap Agong masuk ..Nama pun jantung negara
Quote green~tea 31-10-2022 09:17 PM
alesandra replied at 31-10-2022 08:23 PM
Takde katak,monyet.parlimen dah bubar.

Never trust those politicians.. they always have many tricks up their sleeves...
Quote alesandra 31-10-2022 09:22 PM
green~tea replied at 31-10-2022 09:17 PM
Never trust those politicians.. they always have many tricks up their sleeves...

aku rasa dia masuk spital pasal nih......




[twitter]https://twitter.com/thevibesnews/status/1587063429214281728[/twitter]

Quote becir 31-10-2022 09:25 PM
Orenn1 replied at 31-10-2022 06:46 PM
@becir .......

Yih, tak kosser la nak doakan laki jemi. Esok dah sihat fly la balik g London tu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036790 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top