CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peguam MC Alami Masalah Pernafasan, Bicara Kes SM Faisal Cederakan Bekas Isteri Tangguh Lagi

31-10-2022 05:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1117| Komen: 3

Perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya Emilia Hanafi, yang sepatutnya berlangsung hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ditangguhkan ke 25 November.


Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili SM Faisal memberitahu mahkamah bahawa, peguam utama ahli perniagaan itu Datuk Akberdin Abdul Kader, tidak dapat hadir kerana mengalami masalah pernafasan selain turut mengemukakan sijil cuti sakit (MC) peguam berkenaan kepada mahkamah.


Foto: Bernama

"Datuk Akberdin sepatutnya menyoal balas saksi pendakwaan ke-6, Elisa Nani Hanafi, yang akan dipanggil untuk memberi keterangan hari ini.


"Bagaimanapun, saya dengan rendah diri memohon supaya kes hari ini ditangguhkan," kata Jagjit di hadapan Majistret Nadia Othman.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berkata pihaknya bersedia untuk mendengar keterangan Elisa Nani, iaitu adik kepada Emilia hari ini.

"Pendakwaan sudah menyerahkan salinan pernyataan saksi Elisa Nani kepada pihak pembelaan pada 30 Oktober (semalam)," kata Zahida.

Jagjit kemudian mengesahkan pihaknya sudah menerima salinan pernyataan saksi itu.

SM Faisal, 43, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emila, 43, yang ketika kejadian adalah isterinya di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 November 2015.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 1-11-2022 06:39 AM
Stressnya.. tangguh
Quote she 1-11-2022 07:34 AM
2 kali tangguh berturut2
Jenuh lerrrr
Quote lostnfaun 1-11-2022 08:36 AM
Dia bg mc kerajaan ke mc swasta?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.182445 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top