Lana Nodin sebelum ini menjadi perhatian selepas mengumumkan bahawa dia telah menjalani pembedahan pada bahagian hidung di sebuah pusat perubatan di Korea Selatan.
Terkini, Lana dilihat memuat naik foto wajahnya yang terkini setelah 10 hari selesai menjalani pembedahan. “10th days. #rhinoplastyjourney #nomakeup #nofilter," tulisnya. Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan Lana yang kelihatan semakin cantik berbanding sebelumnya. “Baru nampak cantik dari sebelum. Yang sebelum nampak macam pelik.” “Baru cantik sis dan baru sesuai dengan muka you.” “I need that nose! Lawa gilaaa.” “Natural jew. I tengok. Kenapa orang cakap hodoh. Lawa lah. Tiba masa nanti dia berhijab lah. Do good things. Good things will return you.” “Macam Barbie.. So lawa.” Dipetik Kosmo, Lana Nodin menceritakan bahawa dia pernah menjalani pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan semula hidungnya yang patah disebabkan kemalangan sewaktu zaman persekolahan. -CARI
|
cheezel: Barula elok sikit. Hidung dulu ...
ADVERTISEMENT