Pelakon dan bekas peserta program realiti Produce 101 musim kedua, Lee Ji Han, 24, dilaporkan meninggal dunia sewaktu tragedi sambutan Halloween di Itaewon, Korea pada Sabtu lalu.
Agensi pelakon berkenaan, 935 Entertainment mengesahkan kematian aktor itu dalam insiden berkenaan seperti dilaporkan Soompi. "Kami juga berharap perkata ini tidak benar dan kami sangat terkejut mendengar khabar itu. "Keluarga mendiang sedang dalam kesedihan. Semoga mendiang berehat dengan tenang," katanya.
Dalam pada itu, berita kematian aktor berkenaan diketahui umum selepas beberapa rakan selebriti termasuk Park Hee Seok, Kim Do Hyun dan Cho Jin Hyung berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial masing-masing. "Ji Han telah meninggal dunia dan pergi ke tempat yang lebih selesa. "Kami meminta anda untuk mengucapkan selamat jalan buat kali terakhir untuknya," tulis mereka. Sementara itu, upacara penghormatan Ji Han dilaporkan akan diadakan di Hospital Myeongji pada Isnin, manakala majlis pengebumian akan berlangsung pada 1 November 2022. Untuk rekod, seramai 151 orang maut dan lebih 78 lagi cedera akibat sesak nafas dan serangan jantung ketika menyambut perayaan Halloween di Itaewon. Sumber: mStar |
KamikuP: Adakah magsa yg mati tu adalah ...
KamikuP replied at 1-11-2022 04:47 AM
Adakah magsa yg mati tu adalah 'korban' utk Halloween itu?
dua_chzy replied at 2-11-2022 11:50 AM
@blastoff kata korban myocarditis beksin.
cmf_PariS replied at 2-11-2022 03:53 AM
aku agreelah.. sblm ni tade pun sampai mcm ni sekali walau kene himpit
Artemesiaa replied at 2-11-2022 12:03 PM
Bukan dia sorang je ada tiga lagi artis yang turut terkorban sama. Dah kecoh ada yang nampak punca ...
totokreturn. replied at 2-11-2022 12:04 PM
artis mana lagi?
Artemesiaa replied at 2-11-2022 12:08 PM
Artis Korea juga dua perempuan satu lagi lelaki model katanya
totokreturn. replied at 2-11-2022 12:10 PM
tak glamour kot, sebab tak masuk news
ADVERTISEMENT