Pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana disebut-sebut sebagai pengacara tetap program MeleTOP yang akan diumumkan esok.
Menerusi tinjauan di akaun Instagram MeleTOP, rata-rata warganet menebak wanita berusia 27 tahun itu akan bergandingan dengan pengacara Nabil Ahmad melalui potongan badan yang dikongsikan di Instagram terbabit. "Rasanya macam Hawa Rizwana," tulis seorang pengikut. "Macam si Hawa je," kongsi seorang lagi pengikut.
Biarpun ramai yang meneka Hawa bakal menjadi pengacara tetap, namun warga net seakan-akan tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat pihak produksi. "Kalau Hawa bosan la MeleTOP," tulis seorang pengguna akaun. "Kalau Hawa macam tak sesuai kot sebab MeleTOP ni tak boleh 'cover' cun dan malu-malu," kata seorang lagi pengikut.
Selain Hawa, warganet turut memberikan beberapa nama lain yang akan menjadi pengacara tetap seperti Uyaina Arshad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. Dalam hantaran yang dikongsikan, selebriti popular yang juga bekas pengacara MeleTOP, Neelofa memberikan emoji hati berwarna merah.
Sejak pengunduran Neelofa dalam program hiburan itu pada Disember 2019, Meletop tidak menemui pengacara tetap wanita sebaliknya hanya digantikan oleh pengacara jemputan setiap minggu. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|