Kota Bharu: "Sebelum suami saya dipercayai jatuh sungai, dia sempat menghantar pesanan WhatsApp meminta untuk saya menjaga diri dan anak-anak dengan baik kerana dia mahu pergi jauh," luah Siti Najwa Kamarudin, 28, isteri kepada seorang lelaki yang dipercayai jatuh ke sungai berdekatan Jambatan Pak Nik Lah, Pengkalan Chepa di sini.
Siti Najwa berkata, suaminya, Muhamad Azwari Aziz, 38, keluar dari rumah sebaik solat Subuh pagi hari ini dan sempat menghantar pesanan WhatsApp serta memberitahu lokasi tempat dia berada. Menurutnya, susulan berasa tidak senang selepas membaca pesanan itu, di bergegas ke lokasi kejadian, namun hanya melihat motosikal dan selipar sahaja yang ditinggalkan di atas jambatan. "Saya cuba mencari suami di kawasan sekitar selain bertanya kepada beberapa pemancing yang ada berdekatan lokasi tetapi tiada siapa yang melihat keberadaan suami saya. "Melihat kepada cara selipar dan motosikal yang ditinggalkan, saya bimbang jika dia jatuh ke sungai. "Keluarga terdekat terus menghubungi pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk membantu mencarinya. "Semoga dia ditemui selamat dan saya berharap agar dapat dijumpai segera tidak kira dalam apa juga keadaan sekali pun," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ibu kepada tiga cahaya mata berusia satu hingga lima tahun itu berkata, hubungan mereka berdua dalam keadaan baik selain menyifatkan suaminya seorang yang baik dan penyayang serta rapat dengan kesemua anak-anak. Sementara itu, Pengarah JBPM Kelantan, Jainal@Zainal Madasin berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian daripada orang awam pada 9.29 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian. Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan oleh pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa serta beberapa anggota daripada unit skuba. -CARI Sumber: Harian Metro
|
LoveSungmin replied at 1-11-2022 12:19 PM
selfishnya bunuh diri tinggal bini dengan anak² kecik macam tu
areyam replied at 1-11-2022 12:59 PM
Kadang terfikir jgak nak pegi jauh (berdosa)... mmg tertekan bila xda wang... hilang punca...
tupaiterbang replied at 1-11-2022 11:29 AM
Entah2 dah lari naik kete lain pegi Siam
tupaiterbang replied at 1-11-2022 11:29 AM
Entah2 dah lari naik kete lain pegi Siam
ADVERTISEMENT