CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tergamam Lelaki Berparang Cuba Masuk Kereta Di Lampu Isyarat

31-10-2022 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 945| Komen: 4

Seorang wanita di Queensland, Australia berdepan detik cemas apabila keretanya cuba dirampas individu menakutkan semasa berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat, lapor akhbar The Sun kelmarin.


Mangsa, Ash Massacre berkata, lelaki itu memegang sebilah parang dan mengetuk cermin tingkap keretanya dalam usaha memasuki kenderaan tersebut.


Suspek sudah ditahan polis dan akan didakwa di mahkamah pada Disember ini. - TikTok

Massacre sempat merakam kejadian tersebut sambil suspek beberapa kali melibas-libas parang sambil tersenyum sinis ke arah kamera.

Selepas gagal membuka pintu, suspek akhirnya berlalu pergi dengan senjata tajam masih berada di tangannya.

“Ia benar-benar satu situasi yang menakutkan.

“Saya tergamam dan terkejut kerana perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” tulisnya pada video yang dimuat naik di TikTok.

Polis kemudian dihubungi ke tempat kejadian dan seorang lelaki berusia 21 tahun telah ditahan.

Dia telah didakwa kerana mengancam keganasan, cuba memasuki kenderaan bermotor secara tidak sah dan menghalang polis.

Polis Queensland berkata, suspek akan dibicara di mahkamah pada Disember ini.


Sumber: Kosmo






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 31-10-2022 03:30 PM
cabaran tik tok ke??
Quote whimsicalmusic 31-10-2022 04:19 PM
Woww nama dia massacre
Quote jfq 31-10-2022 04:23 PM
Gara2 Halloween week
Quote BartholomewKuma 31-10-2022 05:07 PM
Nama mangsa sinonim pulak dengan berita. Biaq betuiii. Kebetulan kaaa atau konten haprak ?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.032263 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top