Sambutan perayaan Halloween tahun ini menyaksikan pelakon terkenal Hollywood Megan Fox menjadi perhatian peminat apabila tampil sebagai Pamela Anderson.
Tidak hanya itu, teman lelakinya, Machine Gun Kelly (MGK) turut menggubah penampilan sebagai bekas suami Pamela iaitu Tommy Lee. Pasangan itu mengubah keseluruhan penampilan mereka dengan Megan tampil dengan gaya rambut blonde ikonik Pamela manakala MGK mengenakan singlet putih dan seluar jean hitam. Bagi melengkapkan gaya berkenaan, Megan tampil dengan gaun ketat dua tona selain mempamerkan belahan dada seperti Pamela dan berkasut tinggi. Pakaian yang digayakan itu adalah salah satu daripada fesyen ikonik pasnagan itu pada 1995 ketika berada di Hotel Hard Rock & Casino. MGK turut mewarnakan rambut blonde miliknya kepada warna hitam untuk kelihatan serupa dengan Tommy. Rata-rata peminat menyifatkan gaya ditampilkan pasangan itu cukup sesuai dengan mereka. "Mereka adalah pasangan paling hangat! Megan dan MGK sesuai menjadi Pamela Anderson dan Tommy Lee," tulis peminat. Sumber: mStar |
prince_marhaen replied at 1-11-2022 10:23 AM
boipren dia dah macam muka typical ponen omputih dah... megan ni lawa gila, tapi makin lama makin na ...
PanadolExtend replied at 3-11-2022 12:39 AM
Khenzzz.. masa Transformers sheols hot banget
prince_marhaen replied at 3-11-2022 09:53 AM
yeeee!!! Masa Transformers tu meols terpegun gila...memang cantik betul... lepas sheols banyak alt ...
ADVERTISEMENT