Seoul: Ahli keluarga 'berlumba-lumba' ke hospital untuk mencari insan tersayang ketika Korea Selatan meratapi kematian lebih daripada 150 orang, kebanyakannya berusia 20-an dan 30-an dalam rempuhan sambutan Halloween di Itaewon.
Tragedi itu mengorbankan orang ramai yang berkumpul di Itaewon ketika meraikan pesta Halloween dengan saksi melihat mangsa korban yang terjatuh bertindih antara satu sama lain seperti permainan 'domino'. Sesetengah mangsa dilihat parah dengan darah mengalir dari hidung dan mulut mereka ketika diberi bantuan pernafasan, kata saksi, sementara yang lain berpakaian kostum Halloween terus menyanyi dan menari, mungkin tidak menyedari nahas itu. "Saya masih tidak percaya apa yang berlaku. Ia seperti neraka," kata Kim Mi Sung, seorang pegawai di sebuah organisasi bukan kerajaan yang mempromosikan pelancongan di Itaewon. Kim berkata, dia melakukan bantuan pernafasan kepada 10 individu yang tidak sedarkan diri dan sembilan daripadanya diisytiharkan mati di tempat kejadian. Sehingga petang Ahad, pihak berkuasa meletakkan angka kematian pada 154 orang dan yang cedera 133 orang. Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan berkata, jumlah kematian meningkat apabila 33 orang yang cedera berada dalam keadaan serius. Menceritakan kejadian, Ken Fallas, seorang arkitek Costa Rica ke pesta itu di Itaewon dengan rakan ekspatriat berkata, muzik yang kuat membuat keadaan lebih huru-hara. "Apabila kita mula melangkah (mengikuti gerakan berkumpulan), tidak ada cara untuk kembali," kata Fallas. "Kami tidak mendengar apa-apa kerana muzik benar-benar kuat. Sekarang, saya fikir itu adalah punca utama menjadikan insiden berkenaan sangat rumit," katanya. Seramai 97 orang yang terkorban adalah wanita. Lebih 80 peratus berusia 20-an dan 30-an, sekurang-kurangnya empat remaja. Dianggarkan 100,000 pengunjung berkumpul di Itaewon untuk sambutan pesta Halloween terbesar di negara itu sejak pandemik Covid-19 bermula. Saksi berkata, jalan di lokasi kejadian itu begitu padat dengan orang ramai dan kenderaan bergerak perlahan, hampir mustahil untuk pekerja kecemasan dan ambulans tiba ke lorong berhampiran dengan pantas. Pihak berkuasa berkata, beribu-ribu orang mengunjungi pejabat bandar berdekatan, melaporkan saudara-mara yang hilang dan meminta pegawai untuk mengesahkan sama ada mereka antara yang cedera atau mati. Mayat korban tragedi itu disimpan di 42 hospital di Seoul dan wilayah Gyeonggi yang berdekatan, menurut Seoul City. Sekitar 100 perniagaan di kawasan lokasi kejadian bersetuju menutup kedai mereka. Walaupun sambutan Halloween bukanlah percutian tradisional di Korea Selatan, ia masih menjadi tarikan utama untuk orang dewasa, golongan muda dan pihak kostum di bar serta kelab meraikan pesta itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengisytiharkan tempoh berkabung negara selama satu minggu bermula Ahad dan memerintahkan bendera di bangunan kerajaan dan pejabat awam untuk dikibarkan separuh tiang. Dalam ucapan di televisyen, Yoon menyokong keluarga mangsa, termasuk persiapan pengebumian mereka dan rawatan kepada yang cedera menjadi keutamaan kerajaannya. Beliau juga menyeru pegawai untuk menyiasat punca kemalangan dan mengkaji semula keselamatan acara budaya dan hiburan yang besar untuk memastikan ia berjalan dengan selamat. "Ini benar-benar dahsyat. Tragedi dan bencana yang tidak sepatutnya berlaku di tengah-tengah Seoul. "Saya berasa berat dan tidak boleh membendung kesedihan saya sebagai presiden yang bertanggungjawab untuk kehidupan dan keselamatan rakyat," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
immaryjane replied at 31-10-2022 02:55 PM
Dia bukan bulatan kn? Kenapa yg dr belakang tk beransur undur dr terus maju ke depan? Ke sebab dia T ...
talapia replied at 31-10-2022 03:04 PM
katanya kan jalan tu turun bukit.. n simpang tu pertemuan dengan jalan besar.. so org dr jalan bes ...
Itzy replied at 31-10-2022 03:03 PM
Kesian mati dalam umur muda dalam keadaan kafir tak menyambah Allah, dalam keadaan sedang bermaksiat ...
kakikuDibibirmu replied at 31-10-2022 02:44 PM
Plot twist: sesak nafas sebab covid-19 {:mlhehe ...
ADVERTISEMENT