Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan nama panggilan Khairul Aming dipuji kerana berbahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan wakil pempengaruh dari Malaysia di TikTok For You Stage di Jakarta, Indonesia.
Khairul yang cukup terkenal dengan video masakan ringkas ketika bulan Ramadan itu kelihatan tenang dan petah berbicara menggunakan bahasa ibunda tidak seperti segelintir pempengaruh yang akan secara automatik menukarkan perbualan di dalam bahasa Indonesia. Susulan itu, pelbagai reaksi telah ditinggalkan oleh majoriti pengguna media sosial yang menyifatkan jejaka asal Kelantan itu petah berbicara disamping sangat rendah diri dan mengenal asal usul. “Bahagian yang paling menarik ialah Khairul masih bercakap dalam bahasa Melayu, selalunya sesetengah daripada ‘influencer’ akan automatik guna bahasa Indonesia,” tulis pengguna media sosial. “Alhamdulillah, kekalkan jati diri dengan menggunakan Bahasa Melayu di negara orang, sangat mengenal akar umbi. Syabas!,” komen seorang netizen. “Khairul Aming memang betul-betul ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk ke bumi, tidak sombong, selalu menjaga hati pengikut dan stafnya. Moga terus sukses!,” puji seroang netizen lagi.
|
dudaberhias replied at 31-10-2022 02:01 PM
tahniah... membanggakan ucapan heols gittewww...
tapi orang indonesia memang tak suka orang malaysi ...
Potpouri replied at 31-10-2022 03:19 PM
Pwngalaman aku bercakap dgn Indo yng kat indo tu.. dornag paham je bahasa melayu standard kita sebab ...
ADVERTISEMENT