CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sri Lanka Terus Menderita, Doktor Pakar Beramai-Ramai 'Lari' Ke Luar Negara

31-10-2022 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1162| Komen: 14

COLOMBO – Kerajaan Sri Lanka berdepan kehilangan tunjang sektor kesihatan apabila pakar-pakar dilaporkan mula melakukan penghijrahan ke Benua Asia Barat dan negara-negara Barat bagi mencari lebih banyak peluang pekerjaan dengan bayaran lumayan, lapor akhbar Arab News.


Pakar-pakar perubatan di negara yang bergantung kepada ubat import untuk kira-kira 85 peratus daripada keperluan farmaseutikalnya telah memberi amaran sejak berbulan-bulan lalu mengenai pergelutan mereka memberi rawatan tepat dan mencukupi kepada pesakit.

Situasi pekerjaan yang semakin meruncing dan harapan yang semakin pudar untuk proses membaik pulih negara memaksa beratus-ratus pakar perubatan berhijrah ke luar negara.


Foto: AEA


Menurut Biro Pekerjaan Asing Sri Lanka, penghijrahan golongan profesional adalah trend yang semakin meningkat.

“Terdapat trend peningkatan dalam kalangan profesional yang berpindah keluar dari pulau itu untuk mencari peluang pekerjaan di negara maju kerana keadaan semasa di Sri Lanka,” kata Pengurus Besar Biro, Priyantha Senanayake.

Data daripada Persatuan Pegawai Perubatan Kerajaan menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 500 doktor daripada institusi perubatan telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh lapan bulan pertama 2022.

Namun apa yang membimbangkan adalah bilangan sebenar mungkin lebih tinggi. 

Bekas Presiden Persatuan Perubatan Sri Lanka, Dr. Ruvaiz Haniffa berkata, sekurang-kurangnya 100 lagi doktor yang bekerja di sektor swasta juga telah meninggalkan negara itu manakala mereka yang melakukan latihan perubatan luar negara dan tidak bercadang untuk pulang masih belum dikira.

“Bagi pelajar perubatan pengajian pascasiswazah, mereka kebanyakannya pergi ke Australia, New Zealand dan Singapura. Doktor gred pertengahan kebanyakannya pergi mencari pekerjaan ke negara-negara di Asia Barat terutamanya Oman dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE),” jelas Ruvaiz.

Tambah beliau, kerajaan tidak berupaya untuk menghalang tindakan tersebut kerana kekurangan dana serta bajet bagi mengatasi tawaran gaji lumayan di luar negara. – CARI

Sumber: Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 31-10-2022 01:30 PM
Lari dari Colombo migrate ke Kolompo
Quote dudaberhias 31-10-2022 01:31 PM
lepasni masuk india kah? entah la teruk betul kegawatan sri lanka... orang2 sri lanka ni rasa theyols tinggi sangat berbanding india kalau kita panggil india pun marah walaupun memang leluhur sama dan sekadar agama je lain (buddha)... adakah sri lanka akan tunduk jugak pada tanah besar leluhur asal?
Quote caprut 31-10-2022 01:33 PM
Doktor maalaysia takan cmtu kot? Doktor malaysia nk berak pon fkir pasal pesakit
Quote Kak-Rohana 31-10-2022 03:34 PM
Rajapaksa punya pasal ni dek… rakyat pun terpaksa
Quote tripleid 31-10-2022 04:10 PM
Edited by tripleid at 31-10-2022 04:12 PM

Dah tjadi pun kat msia..cuma kat sini tak sekaligus ramai2 mcm sri lanka je

Kita pun akn jadi mcm SL kalo bterusan  dok bwh gomen  korup mcm BN
Quote orgsepang 31-10-2022 04:14 PM
Kak-Rohana replied at 31-10-2022 03:34 PM
Rajapaksa punya pasal ni dek… rakyat pun terpaksa

Di mana dia sekarang ya.
Quote HabukBesi 1-11-2022 11:12 AM
Quote rosedemon 1-11-2022 11:15 AM
dah tu xknla nk duk situ je itu bodoh namanya. sah2 kuar g obersea
Quote totokreturn. 1-11-2022 11:22 AM
tak habis habis meratip bang non
Quote ifanonline 1-11-2022 11:23 AM
doktor2 sri lanka ni patut dtg ke malaysia
Quote Artemesiaa 1-11-2022 11:36 AM
Dah tak boleh cari makan cari ler peluang ditempat lain
Quote pasa 1-11-2022 11:43 AM
Kak-Rohana replied at 31-10-2022 03:34 PM
Rajapaksa punya pasal ni dek… rakyat pun terpaksa

tu geng PH kurangkan cukai utk raih undi popular. UK kokesen pun dah terkena bila kurangkan cukai utk raih unid populis.PM baru kene cari balik duit yg hilang sbb kurangkan cukai. PH janji nak bagi tol percuma konsesi puny pampasan 400 bilion blh ke bayar?

lepas dah hapus tol semua penyelenggaraan kos jalan kerajaan kene tanggung.   


Quote Skuau 1-11-2022 11:46 AM
Edited by Skuau at 1-11-2022 11:48 AM
tripleid replied at 31-10-2022 04:10 PM
Dah tjadi pun kat msia..cuma kat sini tak sekaligus ramai2 mcm sri lanka je

Kita pun akn jadi mcm S ...


60 bn perintah...tripleid tetap  jugak setia dgn pemerintahan UMNO....drama....
Quote Kak-Rohana 1-11-2022 11:56 AM
pasa replied at 1-11-2022 11:43 AM
tu geng PH kurangkan cukai utk raih undi popular. UK kokesen pun dah terkena bila kurangkan cukai u ...

Oooo gitu yer dek. Kerosakan Najib buat .. GST .. hutang/bunga 1MDB bagai ko tak cerita pulak yer dek… it is disgusting euw!

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.071746 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top