BANDA ACEH: Seorang lelaki dicari pihak berkuasa selepas bertindak meninggalkan isterinya yang sedang hamil tiga bulan di sebuah stesen minyak di Banda Aceh sebelum menghilang diri.
Menurut portal berita Kompas.com, wanita hamil dikenali sebagai Maryana berkata, dia dan suaminya, Stefanus Ikatan Zai, 22, keluar ke bandar 20 Oktober lalu menaiki motosikal. Mereka kemudian singgah di sebuah stesen minyak di Lueng Bata dan selepas mengisi minyak, Stefanus terus membawa motosikal meninggalkan isterinya yang baru berusia 19 tahun itu. “Saya fikir dia hanya pergi sebentar dan kembali semula mengambil saya.
“Tetapi ternyata dia terus menghilang dan tidak pulang-pulang sehingga sekarang,” jelas Maryana. Maryana berkata, selepas ditinggalkan di stesen minyak itu, dia cuba menghubungi keluarga suaminya di Sumatera Utara namun mereka juga tidak tahu di mana Stefanus berada. Stefanus yang memakai jaket hitam pergi sehelai sepinggang tanpa membawa bersama wang atau pon lesen kenderaan miliknya. Laporan polis dibuat di balai polis di Banda Aceh Khamis lalu dan polis masih berusaha mencari lelaki itu.-CARI Sumber: Utusan Online |
ADVERTISEMENT