CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuba Seludup Masuk Turkiye, Lelaki 'Kantoi' Sorok 1,100 Lebah Dalam Baju

31-10-2022 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 697| Komen: 5

ANKARA – Seorang lelaki warganegara Georgia ditahan selepas didapati melekat 110 kotak mengandungi 1,100 lebah di sekeliling badannya dalam cubaan menyeludup serangga itu ke Turkiye, lapor akhbar Daily Star.


Lelaki itu yang dirujuk oleh Kementerian Perdagangan Turkiye sebagai TB telah ditahan pada 22 Oktober lalu di sempadan Turkiye-Georgia, Sarp.

Media tempatan, Daily Sabah melaporkan bahawa suspek menyebabkan penggera berbunyi ketika melalui pemeriksaan keselamatan.


Foto: Daily Sabah

Meskipun mempunyai kertas kerja yang diperlukan untuk menyeberangi sempadan, pihak berkuasa kastam telah dimaklumkan mengenai pergerakannya yang mencurigakan.


Suspek diarah menyelak baju sejuk yang dipakainya yang kemudian mendedahkan 110 kotak serangga dilekat pada sekeliling badannya. Setiap petak kotak mengandungi seekor ratu lebah dan sembilan lebah lain. 

Butiran lanjut dikeluarkan Pejabat Hopa Ketua Pendakwa Raya Turkiye menyifatkan suspek merupakan warganegara Georgia yang berusia sekitar 45 hingga 55 tahun.

Buat masa ini tiada laporan lanjut mengenai penahanan atau identitinya.

“Semasa prosedur rampasan itu, jabatan berkaitan tiba dan mengambil alih proses pemindahan lebah-lebah tersebut,” kata  jurucakap Pendakwa Raya Hopa. – CARI

Sumber: Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 31-10-2022 01:08 PM
Bawaklah sekotak dulu. Tamak tul.
Quote kakikuDibibirmu 31-10-2022 02:21 PM
Ingat Türkiye ingat burger benjol, apa punya turrrrrr..., inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ruam lampin, itupun ada hati nak interview jadi cikgu katanya! Pepatah Jawa ada mengatakan crab want to teach its children how to walk in straight line, edayildiz tersenyum sinis
Quote dudaberhias 31-10-2022 02:23 PM
jap kena perlu seludup lebah tu? lebah jenis apa? dan adakah madu sangat mahal di sana...
Quote TOPwind 31-10-2022 02:32 PM
ezacbee replied at 31-10-2022 01:08 PM
Bawaklah sekotak dulu. Tamak tul.

bini nak berakan anak ke 9

jika bawa sekotak anak ke 10 siapa nak bayar bill sepiital
Quote rosedemon 1-11-2022 11:11 AM
ini macam pon ado. sah2 la kantoi adui otak mana

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.041158 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top