CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Walau Tak Kena Konsep, Dina Nadzir Tetap Pegang Tongkat Arwah Ayah Semasa Menyanyi

31-10-2022 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2633| Komen: 19

Kemunculan Dina Nadzir di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang menyanyikan lagu Lady Mamarlade menarik perhatian apabila penyanyi dan penyampai radio itu dilihat memegang sebatang tongkat sepanjang persembahannya.


Menjelaskan mengenai tongkat tersebut, Dina berkata, ia milik Allahyarham bapa tersayang iaitu Mohd Nadzir Gulam Kadir yang sering digunakan untuk membantunya berjalan ketika hayatnya.

Dina berkata, meskipun tongkat tersebut tidak kena dengan konsep persembahan lagu berkenaan namun ia memberi semangat kepadanya meneruskan perjuangan dalam pertandingan berkenaan.


Foto: mStar

"Saya bawa tongkat milik ayah saya dari Johor, walaupun ia tidak kena dengan konsep persembahan tetapi itulah kekuatan saya untuk meneruskan pertandingan.

"Tongkat ini ayah sering guna untuk membantunya berjalan sebelum dia menggunakan kerusi roda," katanya kepada mStar.

Penyanyi berusia 37 tahun itu berkata demikian ketika ditemui selepas pertandingan GV9 minggu ketujuh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.




Dalam pada itu, Dina bersyukur apabila dia dapat berada di sisi bapanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Menceritakan detik berkenaan, Dina memberitahu dia mendapat perkhabaran tentang keadaan bapanya ketika sedang membuat pemeriksaan suara untuk konsert minggu keenam GV9.

"Saya dapat berita mengenai keadaan ayah ketika sedang membuat sound check tapi masa itu ayah ada lagi. Jadi apabila balik ke Johor untuk menziarahinya, dia sudah tidak sedarkan diri tapi masih boleh memberi tindak balas.

"Rezeki saya dapat tengok ayah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir, saya ada di sebelahnya. Anak-anak dia semua dapat balik dan bersamanya buat kali terakhir," ujarnya.



Mengulas mengenai kemunculan Atilia, Nadia Aqilah selain guru vokal dan kakaknya dalam persembahan lagu Lady Mamarlade, Dina berkata, dia belum cukup kuat untuk tampil seorang diri ketika berada di pentas.

Kata Dina, dia bersyukur rakan-rakan dan keluarga membantunya menyanyikan lagu tersebut dan membuatkan dia berasa lebih yakin.

"Saya tak kuat nak buat persembahan seorang diri, sebab itu saya bawa rakan-rakan dan kakak saya. Apabila adanya mereka, perasaan untuk terus berjuang itu ada," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolita737 31-10-2022 03:32 PM
terus kuat Dina..tabahkan hati menghadapi ujian ini
Quote dinosaurpink 31-10-2022 03:42 PM
Adoi sapo kupas bawang sebelah aku ni

All the best dina
Semoga terus diberi kekuatan menghadapi dugaan ni ye
Quote talapia 31-10-2022 04:45 PM
kesian kan? Bapak baru meninggal.. tapi tetap kena menyanyi.. happy2 atas pentas. Dah itu 'tugas' dia kan.. kalau kita.. kehilangan org tersayang.. kembalik bekerja pon.. mau nangis depan pc terkenang2..
Quote alesandra 31-10-2022 05:59 PM
Ok je tongkat tu bukannya x kena langsung dgn performance.mv lady marmalade pun mya pakai  whip apatah
Quote alesandra 31-10-2022 06:02 PM
talapia replied at 31-10-2022 04:45 PM
kesian kan? Bapak baru meninggal.. tapi tetap kena menyanyi.. happy2 atas pentas. Dah itu 'tugas' di ...


Lagu tu bukan lagu happy tapi membirah.cer google maksud ayat french dlm lirik ni
Quote DeLuna85 1-11-2022 02:07 AM
Good luck.
Quote AWEKSAMURAI 1-11-2022 02:35 AM
Ada 4 beradik dia ank kedua dan ank perempuan tunggal dlm keluarga so boleh bayang lah cmne dia kemanjaan bapak dia
Quote sangbara2020 1-11-2022 08:45 AM
innalillah
takziah dina
semoga terus kuat
Quote slyfynx 1-11-2022 09:46 AM
alesandra replied at 31-10-2022 06:02 PM
Lagu tu bukan lagu happy tapi membirah.cer google maksud ayat french dlm lirik ni

voulez-vous coucher avec moi ce soir

The meaning of this expression is, "Do you want to sleep (make love) with me tonight?" It is often one of the very few French phrases that English speakers know and actually use, without having studied the language and, for some, without knowing what it means.

Pastu ramai2 menyanyi kuat2 kan
Quote talapia 1-11-2022 09:49 AM
alesandra replied at 31-10-2022 06:02 PM
Lagu tu bukan lagu happy tapi membirah.cer google maksud ayat french dlm lirik ni

aku sejenis manusia yg dengar lagu tak ingat n tak tangkap lirik.. dengar kosong je.. haha.. walau lagu dalam bahasa ibunda
Quote Nnasda53 1-11-2022 09:53 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Semoga Dina terus kuat dan tabah.
Good luck buat Dina.
Quote MistrezHermanaz 1-11-2022 09:54 AM
yg dia kata kakak dia tu yg mana 1..ada atilia, cikgu daly,nadia aqilah, sorg lagi sapa
Quote TomyamPuteh 1-11-2022 10:54 AM
Lantak la lirik lagu maksud membirah ke apa. Jnji jgn yg puji agama lain sudah.
Quote alesandra 1-11-2022 11:07 AM
slyfynx replied at 1-11-2022 09:46 AM
voulez-vous coucher avec moi ce soir

The meaning of this expression is, "Do you want to sleep (ma ...

takpe arr ramai x pasan
Quote SANKURIANG 1-11-2022 11:09 AM
Dina ni suara dia sedap dan dia so cheeky in a good way each time dia jadi dj kat Sinar. Lively dan seronok dengar dia berceloteh.
Quote rosedemon 1-11-2022 11:28 AM
moga terus kuat
Quote AWEKSAMURAI 1-11-2022 04:36 PM
MistrezHermanaz replied at 1-11-2022 09:54 AM
yg dia kata kakak dia tu yg mana 1..ada atilia, cikgu daly,nadia aqilah, sorg lagi sapa

Kak ipaq dia kot sbb dia ank tunggal perempuan
Quote chekacheku 1-11-2022 04:41 PM
Semoga berjaya ke final dina!
Quote msdummy.2018 1-11-2022 05:56 PM
AWEKSAMURAI replied at 1-11-2022 04:36 PM
Kak ipaq dia kot sbb dia ank tunggal perempuan

Yg peluk dia lama2 tuh ek?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.067934 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top