CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kalau Bantah Dimaki Dan Dipukul- Pasangan Tunang Malang, Nak Kumpul Duit Kahwin Tapi Dijerat Scammer

31-10-2022 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 971| Komen: 6

JOHOR BAHRU – Mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja mendedahkan pergerakan mereka dipantau setiap masa, termasuklah ketika mahu keluar untuk mendapatkan barangan keperluan harian.


Seorang mangsa, Wani, 30, berkata, pada mulanya dia ditawarkan untuk bekerja di Kemboja sebagai pekerja pembersihan di kasino dengan bayaran gaji AS$1,000 (RM4,722) sebulan.

Katanya, dia bersetuju untuk menerima tawaran kerja itu bagi mengumpulkan duit bagi persiapan perkahwinannya.


Foto: Kosmo

“Saya dan tunang menerima tawaran pekerjaan ini, namun terperanjat apabila dipaksa menjadi scammer dengan menipu orang tempatan untuk membuat pelaburan wang digital.


“Jika enggan bekerja, mereka meminta kami bayar RM15,000 untuk pulang ke Malaysia,” katanya di sini semalam.

Salwani berkata, sepanjang berada di sana, mereka dikurung di sebuah bangunan yang juga pusat penginapan dan operasi sindiket tersebut.

Ujarnya, sepanjang tempoh tiga bulan di sana, dia hanya menerima sekali bayaran iaitu sebanyak AS$400 (RM1,888).

“Mangsa sindiket juga terdiri daripada pelbagai warganegara termasuklah Malaysia, Indonesia, China dan India,” ujarnya.

Seorang lagi mangsa, Moha­mad, 34, memberitahu, kesemua mangsa ditempatkan di dalam sebuah hotel yang dijadikan pusat operasi sindiket di Kampung Sok, Phnom Penh, Kemboja.

“Apabila sampai di lokasi, pekerjaan yang ditawarkan indah khabar dari rupa. Bulan pertama dan kedua saya hanya terima separuh gaji iaitu AS$500 (RM2,300) sebulan, selebihnya langsung tidak dapat kerana gagal memenuhi sasaran.

“Mereka meminta kami menarik pelaburan wang digital sebanyak RM7,500 seminggu dan jika gagal akan dipaksa bekerja lebih masa sehingga lewat tengah malam.

“Ketika di sana, kami memang tidak membantah kerana ada mangsa yang diacu pistol, dipukul dan dimaki,” ujarnya.- CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 31-10-2022 12:32 PM
Sedihnyer.. tapi tkkan takleh fikir negara mundur tawar gaji lumayan..
Caner Si Wani ngan tunang dia bole balik Msia?
Quote Artemesiaa 31-10-2022 12:35 PM
Tak kan tak tahu risikonya pergi kesana tapi macam biasa pasal duit semua sanggup pada mulanya bila susah baru nak menyesal
Quote ezacbee 31-10-2022 12:35 PM
KamikuP replied at 31-10-2022 12:32 PM
Sedihnyer.. tapi tkkan takleh fikir negara mundur tawar gaji lumayan..
Caner Si Wani ngan tunang di ...

Kannn.. orang sana berduyun datang sini nak bekerja. Orang kita lak senang2 keje sana.
Quote krustykrab 31-10-2022 12:37 PM
KamikuP replied at 31-10-2022 12:32 PM
Sedihnyer.. tapi tkkan takleh fikir negara mundur tawar gaji lumayan..
Caner Si Wani ngan tunang di ...

Kan..dah tu keje cleaner kat kasino pulak tu.

Elok² dah ado kasino kat pahang tu, ko gi la apply  cleaner kat situ or cleaner kat kasino singapor..
Penat jah krabat pehe buat kasino kat situ ke negara mundur jgk ko.nak gi
Quote sangbara2020 31-10-2022 12:37 PM
g la petik buah anggur kat newzelen sana
kwn aku penah la patah hati dgn lakinya...nak bwk diri g newzelen petik buah anggur
ajak aku skli...
skli nih lakinya dh berubah,...jd peniaga coway jek...
semoga aman je la hdup nko...drp kena scammer mcm wani nih khennn
Quote rosedemon 1-11-2022 11:09 AM
maslhnya kome tu yg bodoh dr asalnya. yg g percaya bulat2 tu pasaipa

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.094149 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top