CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Hari Sakit Badan Bergelut Tarik Arapaima Di Klang, Hasilnya Dapat Dikukus!

31-10-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1915| Komen: 12

Ikan bersaiz gergasi yang dikenali sebagai Arapaima merupakan antara spesies asing yang dilarang import atau dibawa masuk ke negara kita.

Terbaharu, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki Cina berjaya menangkap ikan asing invasif yang berasal dari Amerika Selatan itu di sebuah tasik di Klang, Selangor.


TikTok

"Arapaima 1.9 meter tewas di Klang," tulis pemilik akaun TikTok Choi OAG.

Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan aksi lelaki berkenaan sedang memancing di kawasan tepi tasik.

Ikan berkenaan kemudiannya terkena umpan sebelum tiga individu turun ke dalam tasik untuk mengangkatnya naik ke darat.



Menurut keterangan pada video, 'pertarungan' untuk menangkap ikan itu mengambil masa selama 1 jam 20 minit.

"Badan sakit-sakit sampai dua hari," kata lelaki berkenaan membalas komen netizen yang memuji kecekalannya bertungkus lumus menaikkan ikan tersebut.

Video TikTok itu sehingga kini meraih lebih setengah juta tontonan.



Lelaki berkenaan turut berbaring bersebelahan ikan itu untuk merakam foto kenang-kenangan.

Dalam satu video berasingan, lelaki itu turut berkongsi jenis joran pancing yang digunakannya.

"Badan sakit-sakit sampai dua hari," kata lelaki berkenaan membalas komen netizen yang memuji kecekalannya bertungkus lumus menaikkan ikan tersebut.

Video TikTok itu sehingga kini meraih lebih setengah juta tontonan.

Lelaki berkenaan turut berbaring bersebelahan ikan itu untuk merakam foto kenang-kenangan.

Dalam satu video berasingan, lelaki itu turut berkongsi jenis joran pancing yang digunakannya.

Kisah penangkapan ikan berkenaan turut ditularkan ke laman Twitter sehingga ia menjadi topik perbualan ramai.

Sebilangan netizen turut meluahkan rasa gembira apabila spesis itu ditangkap, sekali gus dapat menyelamatkan ekosistem di Malaysia.



Pakar perikanan, Dr Fitri Yusoff menerusi laman Twitter miliknya turut meninggalkan komen berhubung tangkapan itu.

"Tahniah. Bagus tangkap spesies pendatang ni supaya tak rosakkan ekosistem kita," komennya ringkas.



Untuk rekod, ikan arapaima spesies gigas, agassizii, mapae, leptosoma dan heterotis nilocotus termaktub dalam senarai ikan larangan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import dan Sebagainya Bagi Ikan) 1990 dan Pindaan 2011.

Larangan itu berikutan ia boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan negara.


Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import dan Sebagainya Bagi Ikan) 1990 dan Pindaan 2011

ia juga boleh menjadi dominan dan membiak di perairan imum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli sedia ada di perairan.

Selain menggugat keselamatan ikan tempatan, ia juga penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 31-10-2022 11:40 AM
arapaima ni masak ape sedap?
Quote laksmanabentan 31-10-2022 11:47 AM
steam sedap nih... letak serai, bawang putih, halia, cili api, perahan limauu...
jangan lupa daun ketumbar juga...
nyuummmmyyyy sgtt.....
Quote sangbara2020 31-10-2022 11:49 AM
boleh ke mkn ikan nih
ngeri jek
aku mmg xmkn ikan jenis kepala mcm ulaq
Quote nurul_akmar 31-10-2022 11:54 AM
besarnya,,,
Quote kakikuDibibirmu 31-10-2022 11:55 AM
Makan darah ikan ni nanti masuk neraka tak? @ultra78 tersenyum sinis
Quote rospinki 31-10-2022 12:03 PM
eeee bole makan ke nipu je
Quote Samerosie 31-10-2022 12:22 PM
Same family kan as arowana.  Arwah father dulu bela sekor, silver arowana.  Panjang nak sampai sama length dgn the 5ft aquarium.  My father meninggal dia pun mati tak lama tu.  Kitarang bagi indon derang lalu makan.
Quote Artemesiaa 31-10-2022 12:33 PM
Bagus ler dah ditangkap mesti ada orang buang situ lepas dah tak sanggup nak bela
Quote anakmak 31-10-2022 12:35 PM
Samerosie replied at 31-10-2022 12:22 PM
Same family kan as arowana.  Arwah father dulu bela sekor, silver arowana.  Panjang nak sampai sama  ...

Camner dia nak pusing tu?
Quote Samerosie 31-10-2022 12:38 PM
anakmak replied at 31-10-2022 12:35 PM
Camner dia nak pusing tu?

badan flexible kaka, kecik2 lagi dah hantar gi gym.  Hehe tah, i pun bukan selalu tengok dia, asik bad mood je tengok muka orang lain dia lompat2 marah tapi memang badan dia flexible dia boleh turn.
Quote anakmak 31-10-2022 12:50 PM
Samerosie replied at 31-10-2022 12:38 PM
badan flexible kaka, kecik2 lagi dah hantar gi gym.  Hehe tah, i pun bukan selalu tengok dia, asik ...

Hahahah kalau kaka mau bengkok seumur hidup atau static x gerak2

Tapi arowana kenal tuan
Dalam kenal2 pun digegetnye jugak kalau geram tuan lambat bg makan hahah
Time manja sampai boleh angkat2 dalam air tak menggelupur
Ayah akk termenung dekat seminggu jugak la bila ikan dia mati
Ni bukan kes marahkan nyamuk kelambu dibakar
Ni kes marahkan mak jentik2 habis bawah cover aquarium tu dia spray ngan ridsect
Naya pak Karim punya kes
Quote Decaffeinated 31-10-2022 01:33 PM
Bukan 'beracun' ka kalau dah besar sangat ni? Ini orang akuarium la kabo.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.080830 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top