CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tom Tersingkir! Terlalu Terikut-Ikut Anita Sarawak Sangat

31-10-2022 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1437| Komen: 3

Selepas tujuh minggu berjuang di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), penyanyi Tom akhirnya tersingkir pada persembahan yang berlangsung pada malam Ahad.


Pada persembahan minggu ini, Tom menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang pernah dipopularkan oleh Anita Sarawak dah hanya mendapat 55.20 peratus markah daripada juri.

Foto: IG

Datin Marlia Musa yang tampil sebagai juri menggantikan Datuk Syafinaz Selamat memberitahu persembahan Tom menerusi lagu ikonik itu tidak ubah seperti penyanyi asal.

"Saya sudah menjangkakan persembahan Tom sama macam penyanyi asal. Saya harap Tom keluarkan karakter lain," katanya ketika memberi komen kepada penyanyi berkenaan.


Sementara itu, Bob Yusof berjaya menduduki tempat pertama dengan 85.60 peratus pada persembahan minggu ini diikuti Shila Amzah (84.10) dan Tomok (81.50).


Enam peserta lain yang mara ke minggu seterusnya adalah Dina Nadzir, Kumpulan VE, Jaclyn Victor, Hazrul Nizam, Asheed Def Gab C, dan Fuad Rahman.

Dalam pada itu, Bob turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Next Level Digi dan Bintang Memukau Adabi yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 berserta produk Adabi bernilai RM500.

Manakala Tomok pula penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.



Gegar Vaganza musim kesembilan dihoskan Nabil Ahamd bersama Elly Mazlein selain menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.

Program itu diadakan secara siaran langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan turut disiarkan menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam. -CARI

Sumber: mStar Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 31-10-2022 12:40 PM
MM bagi komen nhathahapantah takde isi
Quote rosedemon 1-11-2022 11:27 AM
tom ni ada vibes jahat. nexttt
Quote annabellaruz2 2-11-2022 10:35 AM
Tom ada masalah nak blend kan vocal dgn pitching...
selalu masuk key vocal tak ikut note musik.
tak dinafikan dia ada suara yg boleh tahan dan boleh layan...

tp....macam lauk yg kurang garam dan perasa.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.048332 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top