CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Kereta Mewah Bernilai RM940,000 Dilarikan Dari Bengkel

31-10-2022 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 765| Komen: 1

Tiga kenderaan mewah dianggarkan bernilai kira-kira RM940,000 dilarikan daripada sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata kejadian itu dilaporkan oleh seorang pengadu selepas mendapati terdapat kesan pecah pada mangga kunci (ibu kunci) di pintu masuk dan beberapa kereta didapati hilang kira-kira pukul 10.39 pagi.


Gambar hiasan

Beliau berkata suspek dipercayai masuk ke dalam bengkel dengan memecahkan mangga pintu utama, sebelum melarikan sebuah Nissan Skyline GTR Prestige, sebuah Mercedes Bens E200K, dan sebuah Toyota Land Cruiser.


"Semua kenderaan itu adalah milik pelanggan yang telah siap dibaiki dan belum dituntut oleh pelanggan bengkel. Siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui berapa ramai suspek yang terlibat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan/395A Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields dengan menelefon 03- 2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau hubungi mana-mana balai polis berdekatan," katanya.


Sumber: BERNAMA






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 31-10-2022 12:45 PM
Adakah org dlm bengkel tu sendiri punya kerja?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.063166 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top