CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seludup Ketum, Abang Bomba Berdepan Tindakan Tatatertib

31-10-2022 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 947| Komen: 9

Anggota bomba yang dipercayai terlibat dengan kegiatan penyeludupan daun ketum di Jeli pada Khamis lalu, bakal berdepan tindakan tatatertib.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana anggota yang tidak berintergriti dan terlibat dengan kegiatan menyalahi undang-undang.


Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Zainal

“Setakat ini, bomba menunggu hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera mengikut prosedur yang ditetapkan.


“Jika terbukti bersalah, anggota terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, pada Ahad.

Beliau turut menegaskan, pengesahan pihak polis mendapati van yang digunakan oleh suspek juga bukan kenderaan rasmi pasukan itu, sebaliknya sebuah kenderaan yang diubah suai menyerupai van bomba.

"Selain itu, semakan nombor casis tidak wujud dan enjin berkait dengan kes curi lori di Johor pada tahun 2013.

Setiap aset logistik milik jabatan adalah berdaftar dan khas bertujuan tugasan rasmi sahaja. Tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

“JBPM mementingkan etika dalam penugasan selain membawa nama baik jabatan dalam apa-apa keadaan sekali pun,” katanya.

Tambah Zainal, setiap pegawai dan anggota pasukan itu diterapkan dengan jati diri yang tinggi sebagai penjawat awam.

“Jika masih ada yang berani melanggar peraturan maka mereka wajib dikenakan tindakan setimpal,” katanya.

Akhbar sebelum itu melaporkan, sebuah ‘van bomba’ dinaiki dua lelaki lengkap beruniform pasukan itu melintasi sekatan jalan raya di Batu Melintang, Jeli dalam keadaan mencurigakan pada jam 6.30 pagi.

Polis mengekori sejauh 10 kilometer dan menahan mereka di Kampung Rebanna.

Pemeriksaan lanjut menjumpai 850 kilogram daun ketum dianggarkan bernilai RM8,500 yang dipercayai diseludup dari utara tanah air untuk pasaran di daerah Machang.

Seorang suspek berusia 29 tahun adalah penjawat awam bomba manakala seorang lagi suspek berusia 35 tahun, orang awam yang mengaku sebagai sukarelawan bomba.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 31-10-2022 11:18 AM
Harap2 bukan Abg Bomba yg cikki2 birah menjerit2 kan tu
Quote Suchi 31-10-2022 11:41 AM
Akhirnyaaaa..
Ternyata kalian tidak suchi seperti yg selalu di war2 kan
Quote sangbara2020 31-10-2022 11:47 AM
ketum ni kalau kita tanam boleh kena saman ke
Quote KamikuP 31-10-2022 12:53 PM
sangbara2020: ketum ni kalau kita tanam boleh kena saman ke


Msia punya law, ko tanam ketum ko punya lalu kene hukum.
Kalau jumpa emas atau minyak kat tanah ko, terus tanah tu hakmilik kerajaan yaach

Quote Artemesiaa 31-10-2022 12:58 PM
Dia ingat pakai van bomba boleh lepas
Quote kakikuDibibirmu 31-10-2022 01:18 PM
Jom cakoroi
Quote Gomea 31-10-2022 03:16 PM
sangbara2020 replied at 31-10-2022 11:47 AM
ketum ni kalau kita tanam boleh kena saman ke

Tak. Tapi kalau daun dia ko jual kena tangkap
Quote sangbara2020 31-10-2022 03:27 PM
yeke xkena tgkap...
bru nk buat repot
Quote Kak-Rohana 31-10-2022 03:31 PM
Berani buat ko tanggong la dek. Simple as that

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.172537 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top