CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Bundle Mengamuk - Penyewa Dan Penganjur Dipanggil Polis

31-10-2022 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1193| Komen: 3

Polis mengesahkan menerima laporan daripada penganjur acara jualan baju terpakai atau 'bundle' yang tular didakwa menipu penyewa tapak di sebuah pusat beli belah di sini, pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, laporan dibuat seorang wanita tempatan yang juga pengurus acara berkenaan berhubung isu penyewa kerana tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan acara itu.


Kedua-dua pihak penyewa dan penganjur telah dipanggil untuk membantu siasatan polis.

Video tular tersebut disahkan berlaku di kawasan Serdang, di mana penyewa tidak berpuas hati dengan penganjur dan meminta penganjur mengembalikan duit sewa.


"Pihak penganjur membuat laporan bertujuan rujukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Media tempatan pada Sabtu melaporkan, acara jualan pakaian 'bundle' yang dijadual berlangsung dua hari pada Sabtu dan Ahad itu bertukar kecoh apabila didatangi anggota pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut laporan berkenaan, keadaan bertambah kecoh apabila penyelia tapak dimaklumkan pihak penganjur tidak membuat permohonan permit daripada PBT terbabit.

Dalam pada itu, Anbalagan berkata, polis turut menerima daripada pihak penyewa tapak dan kedua-dua pihak telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Katanya, kes terbabit masih di dalam siasatan pihak polis.


Sumber: Sinar Harian






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 31-10-2022 11:16 AM
Ya hamponnnnn, video2 ni semua FYP manjang haritu. Rengsa meols. Masing2 menjerit2 mcm... tahla. Kang ckp kang, dia kata kita xfaham.
Akak organiser tu screwed up. Berangan buat event bundle, tapi permit mintak 2 hari sebelum event. Last2 takde permit, kena halau org Majlis.
Motip aku tau cerita ni??
Quote matbad 31-10-2022 12:32 PM
Carcosa: Ya hamponnnnn, video2 ni semua ...

Sbb ko mangsa ka Wey??
Quote Gomea 31-10-2022 01:23 PM
Edited by Gomea at 31-10-2022 01:24 PM

Macam tau je sape penganjur tu. Sebab ade tgk iklan dlm salah satu group supplier bundle

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.209825 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top