CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Video Tular Lelaki Terajang, Bantai Wanita Dengan Selipar

31-10-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2918| Komen: 32

Pihak polis sedang menyiasat sebuah video tular memaparkan seorang wanita ditampar oleh seorang lelaki berulang kali yang didakwa berlaku di Kota Kinabalu, Sabah.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, bagaimanapun pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis berhubung kejadian berkenaan.


Twitter

“Kita sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan.

“Saya meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat tentang kejadian terbabit bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu, tular rakaman video seorang perempuan ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk menggunakan selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan netizen.



Menerusi sebuah video berdurasi 18 saat itu menunjukkan remaja lelaki itu menampar beberapa kali arah muka perempuan terbabit hingga tortolak ke dinding.

Lelaki itu kemudiannya menyerang dengan menendang semula mangsa sebelum bertindak menampar muka perempuan itu dengan selipar berulang kali.

Mangsa perempuan berkenaan hanya menangis menahan kesakitan dengan memegang kepalanya di tepi dinding.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki terbabit kerana terlalu ganas malah turut mengecam individu yang merakam kejadian itu kerana tertawa.



Setakat ini, tiada kepastian mengenai masa dan lokasi sebenar kejadian itu berlaku namun dipercayai terjadi di sebuah pusat beli-belah di Kota Kinabalu. 

Pun begitu, sumber tidak sahih mengatakan mereka adik-beradik dan lelaki terbabit bertindak ganas demikian kerana berang adiknya yang sepatutnya menjaga ibu yang sedang sakit menipu untuk keluar rumah.






Twitter


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 31-10-2022 10:58 AM
kalau abg dia betul pon terus jadi salah sbb begitu dipukul nya adik tu
terakam tersebar
xmemasal
Quote kelip2_07 31-10-2022 11:00 AM
bodohnyee yg komen good job
Quote pokaibanktokyo 31-10-2022 11:00 AM
Korang reporter cari semua hidup merana sangat ka diganggu ah long sampai tak boleh semak dulu. Topik ni dah ada la @CARI-MAL
Quote mehmet 31-10-2022 11:09 AM
Banganglah. Kalau Adik itu gegar otak. 1 kerja si Laknat nak Jaga ke Tak. Pukul cara Tak ada simpati.

Bukan Husband Material. Hati²lah.

Quote mehmet 31-10-2022 11:11 AM
Apalah penderitaan Adik² di Rumah kalau silap. Sepak terajang ke.
Quote gideoncross 31-10-2022 11:15 AM
Silap ke x silap ko x boleh sukati2 pukul cmtu lh bodoh, yg tukang komen pun sma, mysogynist lh tu, asek2 llaki x silap, gi mmpus kring ko kat situ samdol.
Quote gideoncross 31-10-2022 11:16 AM
kelip2_07 replied at 31-10-2022 11:00 AM
bodohnyee yg komen good job

Sejenis jejantz ummah Mulayu Melesia yg set2 mysogynist.
Quote kakikuDibibirmu 31-10-2022 11:16 AM
Boleh jah bah kalau kau, Encik Sabah Nur tersenyum sinis, ooops terlebih sudah, kau rasa? Oren? Malu apa bossku?
Quote gideoncross 31-10-2022 11:17 AM
mehmet replied at 31-10-2022 11:09 AM
Banganglah. Kalau Adik itu gegar otak. 1 kerja si Laknat nak Jaga ke Tak. Pukul cara Tak ada simpati ...

C llaki knon nak tnjuk nak ajar adik tpi last2 trkluar prangai yg sebenarnya, jgn plak nnti gf/tunang/bini buat silap sikit, pisau plak yg mlayang.
Quote gideoncross 31-10-2022 11:18 AM
cikatilia replied at 31-10-2022 10:58 AM
kalau abg dia betul pon terus jadi salah sbb begitu dipukul nya adik tu
terakam tersebar
xmemasal

Kegemaran jejantz ummah Mulayu Melesia pstu nnti slahkn prmpuan 100%.
Quote Carcosa 31-10-2022 11:21 AM
Sedapnyaaaaaa bantai adik (kalau betul lah).
Abis ko tu? Apsal ko kat luar? Apsal ko yg tak jaga mak ko sakit? Bingai
Quote Simunggu 31-10-2022 11:25 AM
bangang punya abang....bodoh
Quote mahalnya 31-10-2022 11:28 AM
Mark rupa jantan tak guna ni gugurl di luar sana..jangan sampai trberlakikan jantan dayus taguna 1 sen ni
Quote totokreturn. 31-10-2022 11:30 AM
ada pepatah yg cakap, biarlah kena sepak terajang dulu sebelum dimalukan satu kampung
Quote nurul_akmar 31-10-2022 11:56 AM
mcm ni ke rupa lelaki yg suka angkat tangan?
Quote pinggan 31-10-2022 12:04 PM
Wah sedap ya pukul org yang tak melawan balik. Boleh la tunjuk kuat.
Quote prettyuglybabe 31-10-2022 12:40 PM
even i tak sokong perbuatan pukul pompuan, but still nak dengar cerita dua-dua belah pihak..
Quote KamikuP 31-10-2022 12:57 PM
Patutnya si abang ni yg kene tusuk pisau mcm kat Johor tu
Quote TabletSusu 31-10-2022 01:08 PM
Carcosa replied at 31-10-2022 03:21 AM
Sedapnyaaaaaa bantai adik (kalau betul lah).
Abis ko tu? Apsal ko kat luar? Apsal ko yg tak jaga mak ...

hah.. masa aku baca ni pun.. aku fikir gini. ko sedap melepak kat luar dgn kwn2, adik ko pulak kena jaga mak ye. lahanat punnya abang..!

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.122271 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top