CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar SMK (Agama) Gondol Pingat Emas Pada Pertandingan Inovasi Di Jerman

31-10-2022 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3218| Komen: 46

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor mengharumkan nama Malaysia apabila menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia di Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022 di Nuremberg, Jerman kelmarin.


Mereka meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Okt lepas. 



Empat pelajar terbabit ialah Athirah Ahmad Hisshamuddin, 17, serta Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi, masing-masing berusia 16 tahun.


Berbekalkan bimbingan guru berpengalaman Mohd Ridzuan Mohammad dan Mohd Zulhelmi Mansor, pelajar terbabit mengulangi kejayaan senior mereka yang turut memenangi pingat emas serta anugerah produk inovasi terbaik pada 2019 di pertandingan sama.

Mohd Zulhelmi ketika dihubungi Bernama berkata pelajar terbabit mempertandingkan produk inovasi Set Pembelajaran (ECS) Eksplorasi Cabaran Sejarah Dunia yang direka khas untuk menarik minat semua golongan khususnya remaja menguasai pengetahuan am berkaitan sejarah ketamadunan dunia.

Beliau berkata idea itu tercetus melalui permainan Monopoli yang kemudian diterjemah kepada ECS memandangkan sejarah tamadun dunia mempunyai tempat warisan menarik untuk dipaparkan di atas papan permainan.


Foto: BULETIN TV3

"Maka konsep bergambar dan rakaman peristiwa menarik ditonjolkan di atas papan permainan tersebut. Ini membolehkan interaksi dua hala dan menggalakkan perbincangan antara para pelajar yang bermain papan permainan ECS itu," katanya.

Mohd Zulhelmi juga berkata produk itu diharap dapat diterbitkan dan dijadikan pertandingan koakademik antara sekolah selain mampu dimiliki oleh setiap keluarga di negara ini untuk dijadikan aktiviti santai bagi mengisi masa lapang sekali gus melahirkan generasi warganegara global.

IENA adalah pameran inovasi tertua di dunia yang dipertanding sejak lebih 70 tahun lepas bersempena pameran perdagangan yang mengetengahkan pelbagai ciptaan dan inovasi baharu terbesar di dunia. 


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ibu_haritz 31-10-2022 10:27 AM
Tahniah
Quote hanihan16 31-10-2022 10:29 AM
wowwee hebat!
Quote KamikuP 31-10-2022 03:58 PM
Tahniah dekk
Quote lattehazelnut 31-10-2022 04:12 PM
Tahniah dik..
Quote acikku 31-10-2022 04:14 PM
tahniah anak2
Quote mejaputih 31-10-2022 04:15 PM
tahniah...
Quote rayriff 31-10-2022 04:20 PM
Tahniahhh dik
Quote BartholomewKuma 31-10-2022 05:08 PM
Tahniah wahai anak2 muda bangsa
Quote ujin 31-10-2022 05:11 PM
Tahniah adik2 n cikgu2 yg mebimbing.
Quote supernaturalee 31-10-2022 05:22 PM
then, what???

Quote jiwasemangat 31-10-2022 06:23 PM
Yess.. then, what???
Quote ghalibboy 31-10-2022 07:19 PM
Tahniah     
Quote any42 31-10-2022 07:22 PM
Tahniahhh
Quote dua_chzy 31-10-2022 07:27 PM
supernaturalee replied at 31-10-2022 09:22 AM
then, what???

1. Budak2 ni dapat full marks PAJSK sebab ada pembabitan kokum peringkat antarabangsa.
2. Cikgu2 ni boleh dapat markah penilaian tinggi sebab ada pembabitan/sumbangan peringkat international. Silap2 tahun depan dapat APC/anugerah2 peringkat daerah/negeri.
3. Mereka boleh patenkan dan pasarkan bahan tu untuk dijual. Promote kat sekolah2. Boleh huntong punya.
4. Mereka boleh berbangga dengan kejayaan mereka. Sampai tua boleh cerita kat anak cucu cicit piut miut.
Quote Zack8hunter 31-10-2022 07:36 PM
dua_chzy replied at 31-10-2022 07:27 PM
1. Budak2 ni dapat full marks PAJSK sebab ada pembabitan kokum peringkat antarabangsa.
2. Cikgu2 n ...

thanks chzy tolong explain pd acik2 bengap tu.. haha
Quote hanamunir 31-10-2022 08:02 PM
woahh banyak tu sekolah lain join..
tahniah adik adik..
Quote dua_chzy 31-10-2022 08:06 PM
Zack8hunter replied at 31-10-2022 11:36 AM
thanks chzy tolong explain pd acik2 bengap tu.. haha

Aiol takat subjek SPM aiol ajar meningkat selama 4 tahun berturut (tahun ni tahun ke-5, insyaallah) pun dah bangga namatey. Inikan pencapaian sebegini.
Quote Nenolen 31-10-2022 08:11 PM
Tahniah buat adik2 semua dan guru2 yg membimbing serta pengurusan sekolah yg memberi sokongan penuh…
Quote Zack8hunter 31-10-2022 08:12 PM
dua_chzy replied at 31-10-2022 08:06 PM
Aiol takat subjek SPM aiol ajar meningkat selama 4 tahun berturut (tahun ni tahun ke-5, insyaallah ...

IENA ni mmg berprestij.. yg masuk pun mostly mmg dah ada paten dan maybe dah dikomersialkan pun.. member aku lecturer uni sorg ada wakil Malaysia ke IENA juga thn ni.. hasil penyelidikan dia nertahun2.. dia pun menang emas.tapi pelajar sekolah ni lg hebat sbb siap dpt anugerah khas lagi..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.123686 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top