CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bercuti Dengan Kekasih Lepas Pecah Masuk Pejabat, Ditahan Polis Ketika Bermalam Di Hotel

31-10-2022 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 723| Komen: 0

Seorang lelaki sempat bercuti dengan teman wanitanya di sebuah taman tema di Johor Bahru selepas memecah masuk sebuah pejabat di Ampang dan Kajang, dekat sini, dan melarikan wang lebih RM40,000.


Namun kegiatan suspek terbongkar apabila polis berjaya menjejaki dan menahan mereka ketika bermalam di sebuah hotel di Tangkak, Johor, kelmarin.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, seorang lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam jenayah tersebut diberkas di Kajang, semalam.

“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek, polis turut berjaya merampas beberapa barang kes disyaki digunakan suspek dalam jenayah pecah pejabat yang sedang disiasat di Ampang,” katanya sambil menambah suspek merupakan penganggur manakala teman wanitanya adalah pelajar kolej swasta.


Menurut Mohamad Farouk, siasatan mendapati modus operandi kedua-dua suspek adalah menyewa kereta sebelum melakukan kegiatan pecah pejabat.

Tambah beliau, dengan tertangkapnya suspek membantu polis menyelesaikan dua kes jenayah pecah pejabat di daerah Ampang Jaya dan Kajang.

Katanya, kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.034001 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top