CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Kecoh Bila Kod Pemakaian Konvokesyen UKM Larang Graduan Pakai Cheongsam, Saree

31-10-2022 09:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3301| Komen: 17

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima kecaman susulan menetapkan kod pemakaian yang melarang graduan memakai cheongsam dan saree kerana dianggap tidak sesuai untuk menghadiri majlis konvokesyennya.


Menerusi paparan ilustrasi kod pemakaian di laman portal rasmi universiti itu yang kini sudah dipadam, ia menunjukkan pakaian dibenarkan adalah kebanyakannya pakaian tradisional Melayu, termasuk baju Melayu, baju kurung dan baju kebaya.

Graduan juga boleh memilih mengenakan sut dan tali leher untuk lelaki, manakala blaus dipadankan dengan skirt gelap paras buku lali bagi wanita.



Ilustrasi itu menyatakan bahawa graduan dan tetamu yang gagal mematuhi etika berpakaian terbabit, tidak akan dibenarkan menghadiri majlis berkenaan.


Etika berpakaian ditetapkan itu menarik perhatian ramai yang mengkritik tindakan universiti berkenaan menerusi platform media sosial terbabit.

Kata netizen, sebagai sebuah institusi pendidikan, UKM tidak sepatutnya mempunyai dasar ‘supremasi’.



Tweet tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai isu berkenaan.

Kebanyakan netizen bersetuju bahawa kod pemakaian ditetapkan universiti itu adalah munasabah dengan melarang individu mengenakan pakaian kasual seperti seluar pendek, kemeja-T dan kasut terbuka kerana tidak sesuai untuk acara rasmi.

Bagaimanapun, ada antara mereka tidak bersetuju dengan tindakan melarang graduan Cina dan India memakai pakaian tradisional mereka, sambil mengatakan wujud ‘diskriminasi’ apabila universiti itu membenarkan pakaian rasmi Barat.








Netizen lain membuat spekulasi bahawa rasional di sebalik kod pakaian universiti adalah untuk mengelakkan pendedahan kulit berlebihan dan bukannya bertujuan melarang pemakaian tradisional tertentu, tetapi mesej itu tidak disampaikan dengan tepat.

Bagi graduan dan tetamu yang masih mahu memakai pakaian tradisional, netizen menyarankan mereka mengenakan rekaan lebih ringkas, seperti hanfu dan kurti. 


Sumber: The Vibes


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 31-10-2022 09:54 AM
Masuk la private uni yg pegi masuk uni gomen kenapa, sah2 la kena ikut tatacara pemakaian gomen
Quote Perwira2022 31-10-2022 09:57 AM
Takkan sari ngan ceongsam saja boleh... Mahasiswa Iban pun nak juga pakai pakaian tradisi sendiri di upacara graduasi.
Quote TabletSusu 31-10-2022 10:16 AM
laaa benda gini pun nak jadi issue. zaman acik dulu rilek je kwn2 cina n india acik pakai baju kurung ms graduation
Quote esbok 31-10-2022 10:16 AM
tambah gambar baju kebaya jarang, dalam berkemban, nak bagi puas hati semua orang.
Quote prettyuglybabe 31-10-2022 10:19 AM
hidup zaman bebudak acah woke sangat, semua benda pun nak dijadikan issue..
Quote mejaputih 31-10-2022 10:23 AM
rasanya dari dulu lagi rules ni ni IPTA...pakai je la baju kurung atau baju kemeja/blouse berskirt labuh...
Quote relaxjek 31-10-2022 10:31 AM
Ikut je la peraturan Universiti.. Kat luar u nak pakai saree ka cheongsam ka 24jam pakai la..
Quote pooh~key 31-10-2022 10:40 AM
Untuk yang komen ikut je la peraturan unibersiti tu sister2, akak syak chuols okay jah kan kalau unibersiti swasta hak milik cina pemakan babi dan keling mengharamkan pemakaian baju melayu dan kurung khen sister?
Quote Straya 31-10-2022 10:53 AM
Bongok jugak ukm ni.Letak la syarat berpakaian lengan panjang, x boleh short sleeves & skirt kena sampai bawah.Yang pergi letak sari & cheong sam tu memang mintak kena kutuk la.
Quote lattehazelnut 31-10-2022 10:57 AM
Edited by lattehazelnut at 31-10-2022 10:59 AM
Straya replied at 31-10-2022 10:53 AM
Bongok jugak ukm ni.Letak la syarat berpakaian lengan panjang, x boleh short sleeves & skirt kena sa ...


Kan.. mcm budak darjah 6 buat poster..
N xpernah pulak nmpak chinese nak pakai baju cheongsam utk majlis2 mcm ni.. cny pun diorg pakai cheongsam top je..

N baju kebaya / kurung moden ade je kain jarang n slit kain sampai peha..

Lg senang bg tau rules je..
Quote kepompong 31-10-2022 11:01 AM
terigt masa kecik2 dulu, cikgu sekolah hari2 pakai saree tapi inner baju dia crop  top short sleeve ketat yach.. mmg tutup ngamngam buah dada aje … nasibla cikgu tu mmg lawa la sexy tunjuk skin2 dia bhgian bawah dada hingga pinggang mmg nampak semua.. bila jalan tertonggek2 punggung yg ditutup sari berkilau.



Betul lah buat peraturan long sleeve, longgar , Jangan specify nama baju
Quote kepompong 31-10-2022 11:04 AM
pooh~key replied at 31-10-2022 10:40 AM
Untuk yang komen ikut je la peraturan unibersiti tu sister2, akak syak chuols okay jah kan kalau uni ...

bergantung kat mana uols… Kalau kat atanah melayu… kena la fight adat melayu … (i cakap melayu yach, bukan agama)  ada je student kita pegi US nak buat  xtvt U kena melalui church. Boleh pilih utk refuse, tapi sbb malas byk cerita & mmg itu negara dia, buat aje la . Tkde pun balik malaysia jadi kristian.
Quote matbad 31-10-2022 12:38 PM
Hahahaha kannn.. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kucing menmeow la kan hihi
Quote AKAZ85 31-10-2022 12:54 PM
Masa meols grad dari poli dan universiti dulu yang bangsa bukan Melayu ni ok je ikut peraturan pemakaian masa majlis konvokesyen.. Ape masalah budak sekarang ni? Semua benda nak komplen
Quote Artemesiaa 31-10-2022 01:03 PM
Bukan benda baru pun dari dulu macam tu tak kira awam atau swasta
Quote bulalof 31-10-2022 01:05 PM
takut hilang jati diri ke tewww???

Quote dekmieDandy 31-10-2022 04:19 PM
failed communication dari UKM jer

actually boleh je pakai saree or cheongsam

yang tak boleh pakai lengan pendek je

kawan iolls dulu (laki) pun kena tarik tepi sebab dia pakai baju kemeja lengan pendek, sib baik ada baju extra convocation staff tu bagi

ada yang perempuan pakai baju kurung lengan tiga suku, yang tu pun kena tarik tepi. tak sure dia dapat naik ke tak time tu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.051312 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top