CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Acara Halloween & Persembahan K-Pop Dibatalkan, Malaysia Ucap Takziah Tragedi Itaewon

31-10-2022 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7321| Komen: 112

Kebanyakan perayaan Halloween, acara dan perarakan serta persembahan bintang K-pop dibatalkan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kerajaan dan penganjur pada Ahad, di saat negara berkabung atas kematian sekurang-kurangnya 153 orang dalam kejadian rempuhan pada Sabtu.


Lebih 103 yang lain turut cedera dalam kejadian yang berlaku di lereng bukit di Itaewon, Seoul susulan puluhan ribu orang mengunjungi kawasan itu sempena perayaan Halloween.

Kerajaan menetapkan tempoh berkabung bermula Ahad hingga Sabtu dan mengarahkan bendera di bangunan kerajaan dan pejabat awam dikibarkan separuh tiang.


Twitter

Agensi superstar global BTS, Big Hit mengumumkan akan menangguhkan semua aktiviti yang dijadualkan untuk debut solo Jin "The Astronaut" dengan kumpulan rock British Coldplay.

SM Entertainment yang mengendalikan artis seperti Girls' Generation, EXO, Super Junior, NCT dan aespa turut mengumumkan acara Halloween yang dijadual pada hari itu dibatalkan.

Jenama fesyen mewah Gucci memaklumkan pihaknya akan membatalkan pertunjukan fesyen yang dijadual diadakan di Seoul pada Selasa.

Festival OneAsia Busan - dijadualkan pada Ahad depan di bandar selatan Busan - juga dibatalkan.

Acara itu mengetengahkan beberapa bintang K-pop dan dijangka dihadiri 40,000 orang.

Taman hiburan bertemakan Lego Legoland yang terletak di Chuncheon, 75 kilometer timur Seoul, memaklumkan pihaknya membatalkan perayaan Halloweennya.

Kebanyakan pasar raya di seluruh negara turut membatalkan acara Halloween dan menanggalkan hiasan serta poster mempromosikan sambutan berkenaan.



Susulan itu, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menzahirkan ucapan takziah Malaysia kepada rakyat Korea Selatan atas insiden rempuhan pada pesta Halloween di Itaewon, Seoul, Sabtu malam.



Katanya, Kementerian Luar melalui Kedutaan Malaysia di Seoul akan terus memantau situasi itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 31-10-2022 09:20 AM
takziah buat keluarga yang terlibat and rest in hell ya
Quote nazzse 31-10-2022 10:27 AM
No rip for them.. sendiri cari penyakit.. beria nak sambut hantu last2 sendiri jadi hantu. Covid 2 tahun tak ambil pengajaran langsung
Quote Carcosa 31-10-2022 11:12 AM
Weihhhh.. Dkt Twitter bergentayangan video2 masa diorang semua kena crushed dgn stampede manusia. Bayangkan, jalan sempit dan slope ke bawah. Orang2 paling depan ada yg jatuh, then stuck. Rescuers tarik org2 paling depan pun, tak boleh ya.
Sebab mmg dah super stuck, melainkan org belakang sekali beredar. Mata semua terbuntang, muka biru2 kelabu, mulut ternganga. Seram hoi. Meols tak reti tepek video Sorry
Quote asamfish 31-10-2022 11:18 AM
Itaewon ni tempat pusat shopping genuine imitation branded good kan dulu.  
Quote namr 31-10-2022 11:20 AM
duk rumah je lah, makan biskut cicah kopi
Quote Adrif 31-10-2022 11:30 AM
Carcosa replied at 31-10-2022 11:12 AM
Weihhhh.. Dkt Twitter bergentayangan video2 masa diorang semua kena crushed dgn stampede manusia. Ba ...

weyhh nak tengok boleh. tak reti tepek, takpa, kongsi link kat sini. I takde twitter
Quote Carcosa 31-10-2022 11:36 AM
Adrif replied at 31-10-2022 11:30 AM
weyhh nak tengok boleh. tak reti tepek, takpa, kongsi link kat sini. I takde twitter

https://twitter.com/MdFasahathullah/status/1586628493517139970?t=3bN_Aj1S3L0uqFI8jNbthw&s=19

Ok mak cuba ya nak
Bole ke idok?
Quote she 31-10-2022 11:38 AM
Yang best
Dalam dok kena penyek tu
Yang duduk dalam kelab
Elok aje berjoget kat balkoni
Macam takde apa2 jadi

Masa proses menyelamat
Polis tak bagi orang awam tolong
Ditolak2 orang awam jangan tarik mangsa keluar
Tak faham betul

Sampaikan doc terpaksa pula cari orang awam yang pandai buat cpr
Nampak medic yang lebih laju buat keje dari polis dan bomba

Yang boleh stuck situ sebab ada pompuan terkehel kaki
Pastu polis tu block jalan sebab nak tunggu medic bawa pengusung
Masa tu lah yang belakang tolak ramai2
Buat style lipan rempuh2
Dorang tak tahu depan tu dah stuck
Pastu tersembam atas baris depan
Jadilah domino
Tambah situ jalan landai menurun ke jalan besor

Empathy dorang memang zero
Tak macam kita laju tolong orang eksiden
Itulah dark side Korean
Tak seindah kdrama
Quote toynme 31-10-2022 11:48 AM
she replied at 31-10-2022 11:38 AM
Yang best
Dalam dok kena penyek tu
Yang duduk dalam kelab

polis mmg tak bagi tolong ek? dark side of korea mmg mcm tu....mcm teruk je perangai
Quote Adrif 31-10-2022 11:48 AM
Carcosa replied at 31-10-2022 11:36 AM
https://twitter.com/MdFasahathullah/status/1586628493517139970?t=3bN_Aj1S3L0uqFI8jNbthw&s=19

Ok m ...

thank you.. weyh.. aku nak termuntah tengok.. dah ler tengah minum milo  

Quote Carcosa 31-10-2022 11:50 AM
Adrif replied at 31-10-2022 11:48 AM
thank you.. weyh.. aku nak termuntah tengok.. dah ler tengah minum milo

Ehh berjaya ehh?? Festaim kasi link Twi-Er

Ada lagi weiiii Nak ke??
Quote dudaberhias 31-10-2022 11:51 AM
she replied at 31-10-2022 11:38 AM
Yang best
Dalam dok kena penyek tu
Yang duduk dalam kelab

satu lagi dengar kata masa kejadian ni jadi kan kaka... polis suruh semua kedai, bar ke club tu semua tutup... jadi makin padat la orang2 keluar nak balik... patut la ramai salahkan polis walaupun theyols yang gigih nak bersesak kulu kilir gesel bontot sesama bontot macam tin sardin...
Quote dudaberhias 31-10-2022 11:52 AM
Carcosa replied at 31-10-2022 11:36 AM
https://twitter.com/MdFasahathullah/status/1586628493517139970?t=3bN_Aj1S3L0uqFI8jNbthw&s=19

Ok m ...

seram tengok vid ni... tapi yang badan dah biru tu semua sebenarnya berada di paling tengah sebab iols ada nampak vid lain memang perempuan yang dah biru tu berada dekat tengah2... tapi ada la tu orang2 cuba alihkan ke tepi untuk tolong... tapi dah terlambat...
Quote kakikuDibibirmu 31-10-2022 11:54 AM
Ada Jin patutlah
Quote she 31-10-2022 11:54 AM
toynme replied at 31-10-2022 11:48 AM
polis mmg tak bagi tolong ek? dark side of korea mmg mcm tu....mcm teruk je perangai

Ada 1 video tu
Orang awam nak tolong tarik keluar mangsa tersepit tu
Polis tu tolak dia suruh dia beredar
Pastu polis tu berdiri dok nganga aje

Ada perempuan baju putih tu dok merayu kat polis tu
Minta ditarik
Polis tu buat dek aje

Polis nak tarik yang dah pengsan senyap
Padahal tarik ajelah mana yang ada dulu

Riuh kat YT orang pertikai kredibiliti polis handle insiden nih
Dengan tak bawak loud hailer
Boleh je dorang bagi arahan guna speaker dari patrol car

Tapi entah lah
Kite yang menengok ni
Ketap2 gigi sebab polis lembab

Sama macam kes feri Sewol tu lah
Quote Carcosa 31-10-2022 11:57 AM
dudaberhias replied at 31-10-2022 11:52 AM
seram tengok vid ni... tapi yang badan dah biru tu semua sebenarnya berada di paling tengah sebab  ...

Kan Kaka Dud?
Ada lagi video yg diorang menggapai2 tangan, mintak tolong ditarik Tapi takboleh buat apa. Sbb dah mmg stuck habis Tarik pun, mmg da takboleh jerlus.
Quote plasminas 31-10-2022 11:57 AM
Carcosa replied at 31-10-2022 11:50 AM
Ehh berjaya ehh??  Festaim kasi link Twi-Er

Ada lagi weiiii  Nak ke??

tolong share lagi, tenkiu
Quote she 31-10-2022 11:58 AM
dudaberhias replied at 31-10-2022 11:51 AM
satu lagi dengar kata masa kejadian ni jadi kan kaka... polis suruh semua kedai, bar ke club tu se ...

Tak sayam
Masa kejadian tu awal jam 10
Dorang tersepit 1 jam kat lorong tu

Masa video cpr berjemaah tu
Ada youtuber perempuan asing buat live lagi
Dia pun terkejut nengok
Tapi orang sana rilek je jalan2 tepi mangsa macam takde apa berlaku

Lagi satu video music kuat gila
Dorang siap gelak berjoget
Yang medic tengah buat keje kat bawah

Memang gile betul bangsa deme
Mabuk kekdahnya
Quote dudaberhias 31-10-2022 12:00 PM
she replied at 31-10-2022 11:58 AM
Tak sayam
Masa kejadian tu awal jam 10
Dorang tersepit 1 jam kat lorong tu

patut la ada iols jumpa komen japanese kata... korea tu negara maju... tapi akal, budaya dan disiplin macam chinese jinjang...makanan je gigih nak macam jepun....

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050210 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top