CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Haram, Halal? Entah, Kami Rai Halloween Di Arab Saudi Untuk Keseronokan Je - Pengunjung

30-10-2022 08:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4105| Komen: 30

Sambutan Halloween tahun ini turut diraikan dengan meriah di Arab Saudi.

Di Riyadh misalnya, lokasi seperti Boulevard diubah menjadi pesta pakaian seram yang berlangsung pada Khamis dan Jumaat.



Foto: Arab News/AN Photo/Saleh AlGhannam

Pelawat yang hadir diberikan pas masuk percuma ke Boulevard dengan syarat mereka memakai pakaian yang menakutkan.

Ia bertujuan mewujudkan suasana yang penuh dengan keseronokan di sebalik pelbagai kostum watak yang seram.


Foto: Arab News/AN Photo/Saleh AlGhannam

Seorang pengunjung, Abdulrahman turut hadir memeriahkan acara itu sambil menggayakan pakaian makhluk mitologi Amerika Utara Wendigo.

Menurut Abdulrahman, ini adalah kali pertama dia menyambut Halloween di negara Arab Saudi.

"Ia satu sambutan yang hebat. Jujurnya, saya dapat rasa semangat keseronokan. Dari segi haram atau halal, saya tidak tahu mengenainya.

"Kami meraikannya hanya untuk keseronokan dan tidak ada yang lain. Kami tidak percaya apa-apa," katanya kepada Arab News.


Foto: Arab News/AN Photo/Saleh AlGhannam

Seorang lagi pengunjung acara itu, Khaled Alharbi, berkata: "Tindakan berdasarkan niat. Saya di sini hanya untuk berseronok."

Alharbi datang bersama keluarganya, lengkap berpakaian seperti doktor, jururawat dan perunding berdarah.


Foto: Arab News/AN Photo/Saleh AlGhannam

Alharbi turut membawa seorang ahli keluarga berusia dua tahun yang berpakaian sebagai ahli sihir.

Ini juga merupakan kali pertama keluarganya meraikan Halloween.

Acara itu lengkap dengan pertunjukan bunga api, kesan bunyi khas dan hiasan yang menyeramkan.


Foto: Arab News/AN Photo/Saleh AlGhannam

Acara serupa turut diadakan tahun ini di Boulevard Riyadh City dan Winter Wonderland pada 17 dan 18 Mac. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 30-10-2022 08:01 PM
Meriah. Banyakkan thread ereb berhalloween.


Quote faraway1 30-10-2022 08:19 PM
Samalah..

Tapi lepas Halloween lagi Best bila everything dari coklat separuh harga.
Quote buapakperut 30-10-2022 08:34 PM
Kembali ke ereb jahiliyah masing2 dah mcm orcs yang pakai jubah tu
Quote seripahzeripah 30-10-2022 09:19 PM
Asek halloween je..bila nk buat malam the purge pulak?
Quote CiliPadiSedap 30-10-2022 09:38 PM
bayangkan serambi lebai buat hallowen
Quote margo20 30-10-2022 10:00 PM
Lantak korang la nk buat ape pun
Quote sharlenetexas 30-10-2022 10:05 PM
CiliPadiSedap replied at 30-10-2022 09:38 PM
bayangkan serambi lebai buat hallowen

Kat sini ada je pub.

Quote pokaibanktokyo 30-10-2022 10:06 PM
Apa kejadah....
Quote Aikiko 30-10-2022 10:22 PM
Abis dah satu Saudi dibwah pm yg baru
Quote dudaberhias 30-10-2022 10:23 PM
dulu masa kecik minat jugak la tengok kartun ke filem omputeh trick or treats masa halloween... nampak seronok je... dah berkian tahun ni iols rasa perayaan ni dah soo outdated gittuhh... negara2 lain pulak baru gigih nak menyambut halloween hujung hujung nampak buruk... dah terlambat dekkk...
Quote kotakbaju 30-10-2022 10:24 PM
Kalau ada hantu betul muncul join sama2 tu macam mana
Quote becir 30-10-2022 10:51 PM
I nyampah Halloween sebab I despise USA..that's all. Like takyah ikut diaorg leh tak..other countries kalau ada sambut pun not on big scale?
Quote Nurdianah 30-10-2022 10:59 PM
Sibok dgn negara org dah kenapa? Filem hantu korang jugak yg beratur bayar untuk ditakotkan.


Quote anakmak 31-10-2022 12:03 AM
Mummy takdak
Ke cliche sangat ngan tanah arob
Quote ladybugz 31-10-2022 12:10 AM
dah satu hal nk explain kat anak2. yang haram tetapla haram x kisah la sape yg buat atau berapa ramai yg buat.
Quote bondeh 31-10-2022 01:00 AM
In laws meolls yang non-muslim pun takdok nampak dia post gambar anak2 nya berpakaian sambut Halloween. Entah theyolls tahu ke idok tah ahaks
Quote faraway1 31-10-2022 01:08 AM
bondeh replied at 30-10-2022 12:00 PM
In laws meolls yang non-muslim pun takdok nampak dia post gambar anak2 nya berpakaian sambut Hallowe ...

Halloween official 31 Oct so belum lagi agaknya
Quote bondeh 31-10-2022 01:13 AM
faraway1 replied at 31-10-2022 01:08 AM
Halloween official 31 Oct so belum lagi agaknya

Oh meolls tak amek tahu pulak tarikhnya yg tahu hujung2 october je
Quote mehmet 31-10-2022 06:48 AM
Pelik kata tak tahu halal Haram. Betullah Arab ini kurang pandai sebenarnya. Ingatkan Sekolah nun padang pasir pukul habis Agama Islam. Lainlah yang Arab Non Muslim.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.102201 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top