Dalam kemas kini di Instagram, dapat dilihat Datuk Seri Aliff Syukri mula berkongsikan kepada peminat mengenai aktiviti hariannya di gimnasium.
Meninjau TikTok Aliff, dia kelihatan komited dalam melakukan aktiviti senaman. Nampaklah usahanya dalam membina dan menguatkan ototnya. Dalam video tersebut juga, Aliff yang melakukan senaman di gim dilihat turut bersenam bersama anaknya yang dibantu jurulatih kecergasan.
Disebabkan video yang dimuat naik tersebut, ada juga netizen mendakwa ia sekadar gimik Aliff yang mungkin akan mengeluarkan produk terbaru tidak lama lagi. Tetapi ada juga yang tidak menolak kemungkinan Aliff mula membina otot kerana akan terlibat dengan pembikinan filem Badang 2. Di ruangan komen, netizen mula menyokong dengan aktiviti yang dilakukannya itu sehingga ada yang mengharapkan supaya Aliff dapat mengeluarkan produk suplemen untuk mereka yang ke gim. Malah, netizen turut bersetuju dengan aktiviti dilakukan Aliff dan membuat perbandingan antara aktiviti gim dengan mengeluarkan single lagu. Rata-rata menyatakan lebih baik Aliff melakukan aktiviti senaman di gim dan mereka membantah sekiranya Aliff ingin menyanyi semula. Sumber: Murai
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|