CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Sebab Job RM4 Satu Kereta Hanyir, Bala Betul' - Pemandu E-Hailing Bengang Penumpang Bocor Haid

30-10-2022 07:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12080| Komen: 198

Seorang pemandu e-hailing berkongsi kisah mengenai keretanya berbau busuk selepas menghantar seorang penumpang wanita.

"Kerana job bernilai RM4 habis satu kereta aku bau hanyir. Cerita dia macam ni, lepas drop off passenger ni ada bau masam dan hanyir dalam kereta.


FB

"Kuat gila bau. Aku pun berhenti tepi and check kat seat belakang. Nampak kesan tu aku pun dengan yakin pegang guna tangan nak cium bau dia.

"Alangkah terkejutnya aku bau dia buat tekak aku rasa nak muntah. Tak puas hati, aku ambil kain dan try lap. Nampak kesan warna merah," dakwa lelaki itu.


Menurut pemandu itu lagi, dia turut membuat carian di Google untuk mengetahui bau sebenar darah haid sebelum menghubungi pihak e-hailing untuk mengadu hal berkenaan.

"Nak pastikan aku pun Google la bau darah haid tu macam mana. Pergh memang sama bau dia dengan apa yang Google cakap.

"Call Grab centre dia suruh pergi basuh dan nanti hantar resit. Nasiblah boleh claim.

"Masalah sekarang sampai sekarang aku tak selera nak makan ni, alahai bala betul," ujarnya lagi.

Dalam posting itu, dia turut berkongsi foto tempat duduk belakang keretanya yang kelihatan basah.


FB

Dia turut memuat naik tangkap layar, memaparkan peta perjalanan ketika dia membawa penumpang wanita itu dari satu lokasi ke sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Di ruangan komen, netizen turut memberikan pelbagai pandangan berhubung kejadian berkenaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 30-10-2022 07:45 PM
Hmmm. Kalau penumpang tu tahu yg dia bocor, msti dia lapik punggung dia tu. Kesian jgk kdg yg heavy flow tu
Quote sharlenetexas 30-10-2022 07:55 PM
Penumpang tu pun bagi la tips lebih utk upah cuci tu.

Quote Suchi 30-10-2022 07:55 PM
Edited by Suchi at 30-10-2022 08:02 PM

Tak semua darah tu bau hanyir biasanya bau macam besi.
Maybe seat awak tu mmg dah sedia hanyir banyir.
Kawan iols penah dtg umah duk atas dining chair kebetulan  dia kebocoran plak. Dia tak perasan pun dia dh blk iols la perasan. Byk laaa tompokan merah tu.
Tp iols tak marah laa dia, kadang2 menda ni bkn disengajakan.
Kita takmo jd perempuan toksik yg akan jatuhkan wanita lain.
Kebocoran darah haid ni bkn sst yg disengajakan, lelaki takkan paham sbb ko tu jgn kata haid pepet pun takde.
Pasnih alas la pelestik ke apa kat seat keta ko tu takpun tukar la seat leather yg senang nk lap/cuci.
Quote Orenn1 30-10-2022 07:57 PM
Adoiii aku tak tahu nak ketawa kennak kesiann lol kohkohkohhhh
Quote lattehazelnut 30-10-2022 08:01 PM
Mcm xlogik je kalau takat 1.6km tu mcm 5 minit je..
Nak bocor pun xsempat..
Darah haid bukan kuar mcm air kencing or air paip..
Quote batmana 30-10-2022 08:02 PM
seat ni tak sesuai utk e-hailing
mu belum jupe laki anak kecil muntah, org dewasa muntah, org terberanak dlm kete, makanan jatuh atas kerusi, tumpah, bagai.. lagila nazak..

pakaila car seat leather cover ke apa..senang nk basuh
Quote CiliPadiSedap 30-10-2022 08:04 PM
bukan bocor ni rasa xpakai pad. kalau bocor dia macam leaking paip setitik setitik
Quote mawardia 30-10-2022 08:07 PM
I speku penumpang tu tak tau dia bocor. Yeke darah period tetibe byk mcm tu. Entah darah nifas tak?
Quote Atata 30-10-2022 08:08 PM
Mmg ada org jenis darah dia bau. Ada yg biasa2 je, tahla kenapa. Time sekolah menengah dulu kawan iols ckp darah dia bau busuk gila mcm bau ayam mati. Haha bodo. Iols sampai skrg tak paham camana bau yg dia ckp
Quote tumpanglalu74 30-10-2022 08:10 PM
Entah2 darah nifas pompuan baru bersalin.  Jenis yang taknak berpantang tu le..  Baru teran kepale anak 4 hari udah sebok pegi shopping sana-sini.  Sekali tu turon darah macam air paip pakcik Grab jadi mangse..
Quote Orenn1 30-10-2022 08:13 PM
Edited by Orenn1 at 30-10-2022 12:14 PM
Suchi replied at 30-10-2022 11:55 AM
Tak semua darah tu bau hanyir biasanya bau macam besi.
Maybe seat awak tu mmg dah sedia hanyir bany ...

Betul sis pasal darah haid bocor ni semua perempuan pernah mengalaminya. Ambil masa bertahunnn tahunnn tahunnn nak jadi 'pro' mcm mana nak uruskan diri bila dtg haid ni kan supaya tak bocorr tu pun kadang2 blh accident lagi.
Quote Metana 30-10-2022 08:13 PM
Lelaki budiman berakal tak mengadu benda mcm ni pada umum media sosial. Ko boleh cari jalan nak cuci benda tu dan settle. Ko buat malu kaum lelaki je bro ????????
Quote Suchi 30-10-2022 08:22 PM
mawardia replied at 30-10-2022 08:07 PM
I speku penumpang tu tak tau dia bocor. Yeke darah period tetibe byk mcm tu. Entah darah nifas tak?  ...

Darah nifas pun tak tompok besor gitu kalau kata air ketuban lojik la juga.Iols taktau la kalau org lain darah nifas dia byk2 sekali kuar sbb zaman skrg ni kalau beranak kat sepital misi korek sesiap dah darah beku bagai.
Kalau yg czer lagi laa mmg tak byk dah darah nifas kuar.
Iols dulu rasa nyesal je beli maternity pad besor gedabak tu padahal kuar sikit je.
Quote Orenn1 30-10-2022 08:23 PM
Kpd ibu2 guide anak2 yg muda2 remaja yg akan melalui fasa dtg haid dlm hidup dan yg masih baru melalui fasa ni. Bila pikir zmn kita takde guide2 apa lol ala2 ko dilepaskan ke donia pandailah found out sendiri semua.
Quote namr 30-10-2022 08:24 PM
ada org mmg jenis kuat bau darahnya.ada ex kolig aku dulu kalo dia period aku tau sbb bau tuh
Quote Suchi 30-10-2022 08:25 PM
Edited by Suchi at 30-10-2022 08:27 PM
Orenn1 replied at 30-10-2022 08:13 PM
Betul sis pasal darah haid bocor ni semua perempuan pernah mengalaminya. Ambil masa bertahunnn tahu ...


Betul tu, iols zaman sekolah menengah dulu sokmo dah bocor kat baju sekolah tu. Pakai la hat bersayap ke apa tetap la juga bocor.
Skrg ni plak anak iols tiap kali period manjang la bocor masa hari 1-3 hari tu, dia tu dahla autism.Pakai spende waterproof khas utk period pun bocor gak
Sapa lagi  yg uruskannya kalau bkn iols.
Quote Highflyer19 30-10-2022 08:26 PM
inilah antara risiko yg harus ditanggung…
Quote virgo19 30-10-2022 08:29 PM
Poyonya pemandu grab ni, passenger tu bukan sengaja pun. Agak2 la nak kutuk bau hanyir la, tak selera makan la.. dia ni dah kawin ke belum? Kalau bini piyed tak tau la dia punya jijik tu mcmana.
Quote Tunan 30-10-2022 08:38 PM
virgo19 replied at 30-10-2022 08:29 PM
Poyonya pemandu grab ni, passenger tu bukan sengaja pun. Agak2 la nak kutuk bau hanyir la, tak seler ...

I syak dia belum kawin
Baru dia tau seksa jd ppuan
Pengajaran la utk dia

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053653 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top