CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Menara Umno: Juruteknik ditukar serta merta

26-6-2013 09:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3390| Komen: 6


Ang Aing Thye
                  

GEORGETOWN - Gara-gara gagal memaklumkan kepada pihak atasan berkenaan kejadian runtuhan rod penebat kilat di Menara Umno yang meragut nyawa seorang kelindan lori 13 Jun lalu, seorang juruteknik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diarahkan pindah ke jabatan lain.

        
Juruteknik terbabit yang bertugas di pusat kawalan dan operasi CCTV MPPP dipindahkan serta-merta berkuatkuasa semalam, sementara menunggu siasatan.
        
Setiausaha MPPP, Ir Ang Aing Thye berkata, tindakan itu diambil kerana juruteknik itu gagal memaklumkan kejadian sebenar walaupun melihat rakaman CCTV itu.
        
Menurutnya, terdapat dua rakaman dibuat di pusat kawalan berkenaan pada hari kejadian iaitu di persimpangan Jalan Anson dan Jalan Penang dan satu lagi di persimpangan Jalan Zainal Abidin, depan Menara Umno.

        
“Sehari selepas kejadian ribut itu, juruteknik terbabit melihat kedua-dua rakaman itu dan hanya menyatakan bahawa hanya angin yang kuat dan percikan api pada jam 6.34 petang, disusuli kesesakan lalu lintas pada jam 6.45 petang pada hari kejadian.
        
“Pada 15 Jun lalu, pegawai MPPP, pihak kontraktor dan juruteknik itu menonton kembali rakaman berkenaan dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena ketika melihat ada konkrit jatuh dari Menara Umno,” katanya.
        
Turut hadir Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPPP, A Rajendran.

Aing Thye berkata, pihak kontraktor menghubungi polis bagi memaklumkan perkara berkenaan tetapi diberitahu polis tidak dapat memberi pengesahan sama ada sebarang kenderaan terperangkap di bawah runtuhan terbabit.
        
“Apabila kontraktor menonton semula rakaman CCTV di Komtar barulah dapat dilihat dengan jelas memang ada kenderaan dihempap runtuhan itu dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat  juga dipanggil untuk melihat rakaman itu,” katanya.
        
Sementara itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri meminta polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bekerjasama dengan jawatankuasa siasatan yang menyiasat insiden runtuhan itu.
        
Katanya, jawatankuasa itu diketuai oleh Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang, Datuk Yeo Yang Poh dan menegaskan bahawa ia adalah jawatankuasa bebas kerana tidak dianggotai pemimpin kerajaan negeri.
        
Dalam kejadian itu, seorang warga India, Jahir Sulaiman, 46, maut apabila lori yang dipandu rakan sekerjanya dihempap rod penebat kilat dan mengakibatkan kepalanya cedera parah manakala pemandu lori itu cedera ringan.
        
Tiga hari kemudiannya pekerja pembersihan menjumpai serpihan kereta yang dipercayai jenis Honda City berwarna gelap yang terbenam di bawah konkrit yang terhempas.
        
Polis mengesahkan nombor casis pada serpihan kereta dijumpai sama dengan laporan dibuat seorang wanita mendakwa suaminya, Lim Chin Aik, 44 tidak pulang selepas keluar mengambil anak mereka pulang dari sekolah.




Bagus
4

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa 25-6-2013 09:43 PM
dia sibuk berporum kot.....tu yg kata tak de apa2.....
Quote hyie 25-6-2013 09:50 PM
Hanya disebabkan benda alah ni jatuh, sistem online yang kompeni aku guna ni masih down sampai sekarang
Quote redwark 25-6-2013 09:54 PM
mula2 aku tengok..ingat gmbr nizar jamaluddin...heran lak apa kena ngena nizar n mppp...
Quote stryder_cats 25-6-2013 10:42 PM
video cctv yg org post kt fb / blog aku tgk mmg clear ada kereta kena hempap... jurutera tu tido ke apa??
Quote TuntungReturn 25-6-2013 11:06 PM

juruteknik tu mmg under gomen ka? kupek tak mau komen ape2 ka..tak kan tau mintak bonus tiap2 taun,
Quote cmf_herrhughie 25-6-2013 11:13 PM
menara UMNO ni tak bina ikut drawing asalnya...mmg bangunan yg bahaya

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.033622 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top