CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hilang Membisu Kes Amang Seksual? Ini Jawapan Dai Fuad Untuk Ifa Faziah Dan Baby Shima

30-10-2022 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2351| Komen: 15

Sebelum ini, teradapat beberapa isu dibangkitkan Ifa Faziah dan Baby Shima mengenai golongan agaman yang dikatakan mendiamkan diri apabila terdapat golongan agaman yang terlibat dengan kes amang seksual.


Dalam kenyataannya, Shima seolah-olah bertanya kepada netizen dan golongan agaman mengenai kes amang seksual membabitkan gologan agaman.


IG Shima/Ifa

Ifa juga bersuara dan menanyakan soalan sama 'di mana perginya golongan ustaz dan ustazah yang dahulunya sering kali memberi komen dan ulasan sekiranya perkara tersebut melibatkan dirinya'.

Dai Fuad terpanggil untuk menjelaskan mengenai apa yang terjadi dan mengapa ada sesetengah golongan selebriti dan netizen menganggap mereka berdiam diri.




Dalam penjelasannya di TikTok, Dai Fuad menjelaskan bahawa dia dan golongan agamawan sama sekali tidak menyokong aktiviti tidak bermoral sama ada melibatkan ahli agamawan ataupun sesiapa sahaja.

Malah, katanya jika seseorang memang bersalah dan terbukti di mahkamah, dia meminta pihak mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal tanpa sebarang kompromi.

Dai Fuad juga menjelaskan dia mendiamkan diri kerana sudah ada pihak yang sedang melakukan siasatan dan mengambil tindakan terhadap kes tersebut.

Dia turut memberikan satu senario yang menyatakan bahawa sekiranya Shima dan Ifa didakwa atas kes pemakaian tidak sopan dikhalayak ramai dan pihak berwajib telah mengambil tindakan, maka Dai Fuad juga akan turut mendiamkan diri sebagai tanda hormat dan memberi laluan siasatan dilakukan.



Setuju dengan penjelasan Dai Fuad, ramai netizen memuji keberaniannya bersuara dan memberi respons kepada isu berkenaan.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-10-2022 08:30 PM
OK........
Quote buapakperut 30-10-2022 08:44 PM
Dai dai sekarang acah je lebih, poad ni lak jenis takleh sentap sikit, menceceh mulut die cam acik bawang
Quote nylliette 30-10-2022 09:13 PM
tapi mmg betul pun..situasi kes yang berbeza..pakai seksi begelek nyanyi sumbang tu bukan kes polis naik court mmg la kene tegur. kes amang PU tu dh jadi kes polis bior je la mahkamah settle. baby simah n kak ipah pun..jgn tunjuk sgt tak ceghodek tu
Quote annadonna 30-10-2022 09:19 PM
Bukan tegur utk ganggu siasatan. Baģilah sepatah dua kata dakwahkan jenayah amang seksual sebagai tanda anda cakna dgn semua jenis jenayah. Bab polis tu biar dorang buat kerja dorang. Pendakwah buat kerja pendakwah. Jgn pilih kasih nak dakwahkan sesiapa. Alasannnm hipokrit
Quote Lentera 30-10-2022 11:46 PM
nylliette: tapi mmg betul pun..situasi ke ...


Sokonggggg!
Quote Harley_Quinn 31-10-2022 10:47 AM
Betul lee juga.
Kes sexy meksi ni x de plk kna thn dgn polis masuk court
Quote weezerfan 31-10-2022 11:23 AM
Puiiiiii


Quote sleepandream 31-10-2022 01:08 PM
setau iols org yg kene dakwa mahkamah je tak boleh ulas apa2 dekat public...
org luar semua boleh diskas sampai lebam
Quote Lavender_Violet 31-10-2022 01:12 PM
Org suruh ulas kes kawan2 dia secara general bukan tambah tokok fakta yg boleh mengganggu siasatan
Sembanggggg
Quote September14 31-10-2022 01:16 PM
Tapi btullah dia pun x tau org tu betul salah ke idok nak ulas mcmne… ini ko gelek mcm xdak maruah sah2 la kena tegur…
Quote Fly_over 31-10-2022 01:18 PM
muncul pulak daie baru komen isu semasa.. sblm ni x kenal. nampak dia komen kt tt cikgu tgh joget. joget biasa je bukan bgelek pun. dan2 fames..
Quote marchikobonzo 31-10-2022 02:20 PM
Tiberrr baru sekarang komen. Kau patut bagi komen mas tu yg tak kira siapa pun yg buat jenayah patut dihadapkan ke muka pengadilan & no one is above the law including orang agama..tu patutnya..bukan setakat cakap kononnya kes dah jadi kes mahkamah, so xleh cakap pape dah
Quote dudaberhias 31-10-2022 02:26 PM
geli dan ziziq tengok cara penyampaian clout chaser era 2022 penunggang agama ni

so bila dah dalam proses undang2 terus sejuk membisu???

tapi masalahnya takde proses undang2 pun ko membisu dikkk memang berat sebelah...
yang PU2 lain dan DAI2 lain tinggal anak bini berskandal tu tak kena proses undang2 pun ko tak tegur pun...
Quote mawardia 31-10-2022 02:47 PM
So puad mengaku he ols agamawan? Eeeeuuww.
Quote DeLuna85 31-10-2022 03:54 PM
nylliette replied at 30-10-2022 09:13 PM
tapi mmg betul pun..situasi kes yang berbeza..pakai seksi begelek nyanyi sumbang tu bukan kes polis  ...

Setuju. Dia ada point dkt situ.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.084778 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top