Kematian seorang lelaki yang didakwa meninggal dunia selepas melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di Nigeria kini dalam siasatan polis
Difahamkan, si mati dikenali sebagai Lanre meninggal dunia selepas melakukan persetubuhan ganas dengan wanita itu di sebuah hotel di bandar Ondo pada petang Rabu. Seorang sumber berkata, "Wanita itu meminta bantuan selepas menyedari lelaki itu rebah selepas mandi, sejurus melakukan hubungan seks pada pukul 9 malam pada hari Rabu. Teriakannya menarik perhatian pengurus hotel yang kemudiannya memanggil pegawai polis ke tempat kejadian."
Pegawai Perhubungan Awam Polis negeri, Funmilayo Odunlami ketika dihubungi berkata, ia merupakan kes kematian mengejut dan luar biasa, malah polis telah memulakan siasatan. “Ia adalah kes kematian mengejut. Kami telah memulakan siasatan ke atas perkara itu,” katanya seperti dipetik dari laman berita Punch. Mayat mendiang kini disimpan di bilik mayat Universiti Sains Perubatan, Ondo. Sumber: mStar
|
Simunggu replied at 31-10-2022 07:52 AM
apa yg perempuan tu buat ya?
sharlenetexas replied at 30-10-2022 07:13 PM
Ex boipren kakpam nama lanre.
tumpanglalu74 replied at 31-10-2022 12:24 AM
Eh, ni overklem ke hape?? Zantan tu dah mampos takleh nak bela diri..
Sekali tu AEFI.
ADVERTISEMENT