CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Walaupun Priyanka Cuba Elak Setiap Kali Bangun Tidur, Nick Jonas Tetap Berkeras...

30-10-2022 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4818| Komen: 18

Sebelum ini, nama Nick Jonas hangat diperkata di kalangan netizen apabila timbul dakwaan kononnya suami kepada Priyanka Chopra itu meminati kaum sejenis.


Priyanka Chopra dan Nick Jonas tidak pernah terlepas daripada perhatian umum. Ikon pasangan antarabangsa ini sering menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan umur yang agak besar.


IG Priyanka

Kedua-duanya diketahui berkahwin pada 2018 dan dikurniakan anak perempuan bernama Malti Marie.

Selain itu, pasangan ini juga agak terbuka dengan kehidupan peribadi mereka. Baru-baru ini, mereka bertiga bersama-sama menyambut Diwali 2022, perayaan agama Hindu dan detik itu dimuat naik di akaun media sosial masing-masing.


Malah, Priyanka Chopra secara bersahaja mendedahkan tabiat tidur Nick Jonas setiap pagi. 

Adik kepada Joe Jonas itu pernah membuat pengakuan bahawa dia sangat suka melihat wajah Priyanka Chopra.

Priyanka juga mendedahkan bahawa suaminya ini sering melihat wajahnya apabila bangun tidur. 

Walaupun Priyanka cuba mengelak, tetapi suaminya tetap berkeras untuk melihat wajah Priyanka di waktu pagi.


IG Priyanka

Bagi Priyanka, itulah yang dia mahu dari seorang suami anda lakukan. Walaupun sedikit janggal, namun Priyanka membiasakan diri dengan keadaan tersebut.

Berita mengenai dakwaan gay, bekas kekasihnya, Selena Gomez menafikan secara langsung kenyataan tersebut. Malah Selena Gomez yang merupakan penyanyi lagu Lose You to Love Me itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa Nick Jonas bukanlah seorang gay.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-10-2022 08:32 PM
Ko nmpk sexy kot time tido
Quote Page88 31-10-2022 12:33 AM
Hhhmmm....
Quote elzy 31-10-2022 08:20 AM
Oooooo ingat apa tadi..
Quote Omai 31-10-2022 09:34 AM
oo dah ade anak ke deme ni.. bile si priyanka ni pregnant.. tertinggal ketapi...
Quote MoonRise 31-10-2022 09:54 AM
Omai replied at 31-10-2022 09:34 AM
oo dah ade anak ke deme ni.. bile si priyanka ni pregnant.. tertinggal ketapi...

Rasanya guna ibu tumpang.
Tu takde photoshoot perut.
Quote Omai 31-10-2022 09:56 AM
MoonRise replied at 31-10-2022 09:54 AM
Rasanya guna ibu tumpang.
Tu takde photoshoot perut.

oo yeke.. patut ler..
Quote mamajawie 31-10-2022 10:17 AM
dia pakai ibu tumpang..meaning dna ibu tumpang tu sedikit sebanyak ada kat malti..agak2 ibu tumpang tu dorang pilih ikut rupa x sebab nak anak kiut miut?
Quote duri_durians 1-11-2022 11:12 AM
MoonRise replied at 31-10-2022 09:54 AM
Rasanya guna ibu tumpang.
Tu takde photoshoot perut.

baru tau dia pkai ibu tumpang.

apa hukum ibu tumpang dalam Islam ya.

tiba..
Quote MoonRise 1-11-2022 11:32 AM
duri_durians replied at 1-11-2022 11:12 AM
baru tau dia pkai ibu tumpang.

apa hukum ibu tumpang dalam Islam ya.

Dalam Islam, semestinya tidak dibenarkan.
https://muftiwp.gov.my/artikel/i ... ng-surrogate-mother
Quote duri_durians 1-11-2022 11:43 AM
MoonRise replied at 1-11-2022 11:32 AM
Dalam Islam, semestinya tidak dibenarkan.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa ...

terima kasih share..

rasa kesian pd yg tak leh kandung anak sbb masalah kesihatan. contoh mak nya rahim tak kuat atau setara dengannya.

Quote marchikobonzo 1-11-2022 01:52 PM
Gittteww PC punya nak up laki dia
Quote iolss 2-11-2022 06:28 PM
ai bg lg 10 thn la priyanka..tgk laki kau lalu ke x
Quote Sazreena 2-11-2022 07:41 PM
Very the mat saleh style suka tgk muka bini masa tdo..nasib herlok. Kalau muka cam aci laki mabuk todi...hmmm lu pk la sendiri.
Quote delia3003 2-11-2022 08:13 PM
Kalau sembang kari sekalipun, bukan orang tau pun kan
Quote dani-rox 6-11-2022 01:59 AM
omg straight nya laki ko, aci prick
Quote lasagna 8-11-2022 09:39 AM
dgr cite anak dia cute juga, tp tu laa google camne pun blom tentu dpt tgk clear muka anak dia.
Quote imanamsyar 8-11-2022 09:46 AM
mamajawie replied at 31-10-2022 10:17 AM
dia pakai ibu tumpang..meaning dna ibu tumpang tu sedikit sebanyak ada kat malti..agak2 ibu tumpang  ...

pernah tgk cite apatah lupa tajuk dia..dorang pilih ibu tumpang ikut spek yang dorang nak anak tu ikut nanti..maksudnya dorang pilih ibu yang cantik, sihat, xde genetic desease dalam keturunan, IQ tinggi, warna kulit dan beberapa perkara lain.. maklumla, benda boleh pilih, alang2 baik pilih yang helokkk sikit kan..
Quote teddy_girl04 14-11-2022 10:01 PM
priyanka ni buat bibir ke eh?

tiber nampak lain

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.098529 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top