CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak, Remaja Tak Patut Jadikan Influencer Sebagai Cita-cita

30-10-2022 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2376| Komen: 24

Kanak-kanak atau remaja tidak seharusnya memandang influencer atau pempengaruh sebagai satu cita-cita untuk dikejar pada masa depan.

Pempengaruh media sosial, Syed Umar Sadique Syed Ab Rahman atau dikenali sebagai Marc Sadique berkata, setiap orang perlu memastikan mereka mempunyai ilmu dan kerjaya profesional dalam kehidupan mereka.



"Sebenarnya, agak menyeramkan apabila ada ibu bapa yang datang kepada saya dan beritahu bahawa anak dia nak jadi influencer macam saya. Saya tidak kata jadi influencer itu satu cita-cita yang murni atau tidak murni.

"Tetapi jangan jadikan ia sebagai satu karier atau cita-cita. Anda tetap boleh jadi influencer sekiranya anda seorang doktor dengan menyebarkan tentang kepakaran anda mengenai kesihatan dan sebagainya. Saya rasa itu lebih bagus.


"Jadi, fokus untuk dapat sesuatu yang berharga dahulu contohnya nak jadi cikgu, polis dan sebagainya selepas itu barulah anda fikir untuk menjadi influencer," katanya.

Dia berkata demikian dalam rancangan Kompas Rasuah Busters Edisi Khas PRU15 bertajuk Influencer Mampu Didik Belia yang dihoskan Asmaliza Mansor yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Ahad.

Menurut Syed Umar Sadique, menjadi pempengaruh bukan hanya sekadar untuk mengejar populariti atau wang ringgit semata-mata sebaliknya perlu menjadi sesorang yang memberikan manfaat kepada orang lain.

"Kita pernah dengar banyak kes anak tak nak sambung belajar sebab nak jadi influencer. Ada juga yang bagi alasan tak belajar tinggi tapi boleh juga jadi kaya.

"Di sini dah jadi masalah dalam 'mindset' kita kerana terlalu fokus untuk meraih duit dan populariti tetapi itu bukan segalanya.

'Apa yang lebih penting adalah kita perlu menjadi manusia berguna dan mampu memberi manfaat kepada orang lain," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 30-10-2022 06:16 PM
"Di sini dah jadi masalah dalam 'mindset' kita kerana terlalu fokus untuk meraih duit dan populariti tetapi itu bukan segalanya.


'Apa yang lebih penting adalah kita perlu menjadi manusia berguna dan mampu memberi manfaat kepada orang lain," katanya.


I second this....
Quote Zack8hunter 30-10-2022 07:30 PM
setiap benda2 yg up ni ada cycle dia.. kene pandai adapt dgn perubahan..dulu2 bloggers mendonia.. skrg ni tinggal berapa kerat je yg masih survive.. so mcm youtubers and tiktokers ni should have a long  survival plan diorg for the next 10-30 years..
Quote Triple_8 30-10-2022 07:36 PM
Biarkan... ni asyik-asyik nak suruh budak jawab, "saya nak jadi peguam, saya nak jadi dokter cikgu."
Quote Highflyer19 30-10-2022 08:19 PM
Bidak-budak sebut influenza…
Quote gideoncross 30-10-2022 08:26 PM
Triple_8 replied at 30-10-2022 07:36 PM
Biarkan... ni asyik-asyik nak suruh budak jawab, "saya nak jadi peguam, saya nak jadi dokter cikgu." ...

So yesteryears hahahaha, klau dlu jwp cmni msa cikgu tnya, mmg smua org nak. Dlu iol kta nk jdi pguam, skrg ni entah apa2 je hahahaha. Msa budak2 mmg sng ckp, bila dh bsar & brakal, trnyata nak mncapai tu buknnya snang. Lgi2 zmn skrg yg susah nak cri krja ni, so bila influencer/YT-ber/Tik Tok-er tu boleh buat duit, so ikut je lh, aslkn buat bnda yg baik sbb jdi YT-ber buknnya psl bnda yg x baik je, boleh jdi YT-ber yg host channel psl mmasak, creativity ataupun game, so x smua bnda ni trarah kat bnda yg x baik.
Quote Perawankota 30-10-2022 08:35 PM
Ayat Amelia Henderson sebagai Bella dalam Movie Pisau Cukur masa kecik bila cikgu dia Tanya apa cita2nya, "Saya nak kahwin dengan Tan Sri cikgu"
Quote Ucop-Cunningham 30-10-2022 10:04 PM
Sesekali planet bumi kena geostorm X-class pun elok juga. Barulah sosmed influenza ada kesedaran sikit.
Quote becir 30-10-2022 11:18 PM
Lepas tengok Dubai bling, I rasa why not .ingat best sgt hadap 9-6 ngan jam or berhimpit naik train g keje balik keje same routine for 35 years?
Quote Page88 30-10-2022 11:36 PM
I mean, get a real job. Because at the end of the day, being an influencer is nice but be practical also.
Quote sharlenetexas 30-10-2022 11:39 PM
Perawankota replied at 30-10-2022 08:35 PM
Ayat Amelia Henderson sebagai Bella dalam Movie Pisau Cukur masa kecik bila cikgu dia Tanya apa cita ...

Kalau tak dapat tan sri, datuk seri pun boleh.

Quote Perawankota 31-10-2022 12:02 AM
sharlenetexas replied at 30-10-2022 11:39 PM
Kalau tak dapat tan sri, datuk seri pun boleh.

.            
Quote anakmak 31-10-2022 12:05 AM
becir replied at 30-10-2022 11:18 PM
Lepas tengok Dubai bling, I rasa why not .ingat best sgt hadap 9-6 ngan jam or berhimpit naik train  ...

Hahaha sama kiter
Quote Adrif 31-10-2022 02:50 AM
Triple_8 replied at 30-10-2022 07:36 PM
Biarkan... ni asyik-asyik nak suruh budak jawab, "saya nak jadi peguam, saya nak jadi dokter cikgu." ...

masa aku kecik, jawapan tu direkod dari darjah 1 sampai le habis sekolah rendah. aku tak tau cikgu expect apa dengan cita-cita dan impian budak 7 tahun

ada dalam buku rekod sekolah rendah.

yang kelakar nya, aku jawab 1 je, nak jadi saintis. tapi cikgu nak 3 jawapan. so dia bubuh sendiri, jawapan ke dua, jadi pilot jet, jawapan ke tiga, pegawai imigresen. detail betul jawapan cikgu isi. pilot jet ape benda, aku takut tinggi
Quote auntieagony 31-10-2022 07:35 AM
Jgnlah nak memaksa kanak2 atau remaja dlm menentukan cita2 masing2. Ikut suka hati diaorglah.

Cuma galakkanlah mereka menghabiskan pelajaran sehingga peringkat yg tinggi.

Sbb boleh jadi influencer yg berilmu dan ada substance.

Quote sangbara2020 31-10-2022 09:37 AM
anak2 aku ,aku suh jd la apa2 bdn beruniform..
entahkan ye entahkan tak la tu
Quote mamajawie 31-10-2022 10:09 AM

betul tu chuollss tapi kan silibus kat skola cam hape da..anak iollss masuk prasekolah under KPM umo 5 tahun da diajar buat ayat dalam 5-6 patah perkataan..seram yachhh padahal tu masa belajar darjah 1-2 kalu x silap..time tadika ke preschool blajar mengeja je..mana tak nya budak tend to choose easy money dari nak habiskan skola pastu keje 9-5 dengan gaji x setimpal gitu..

Quote apech 31-10-2022 10:15 AM
Ha ni la yg aku ada ckp haritu. Yg pasal kes cikgu Fadli.
Dgn ada sorang cikgu tadika bangga bergelek dkt tiktok. Katanya tak salah. Eh entah la...aku jaga anak aku je dah la. Senang sikit nanti tak payah susah payah bersaing nak masuk universiti top/ dpt tajaan. dah semua berlumba2 nak jd influencer.
Quote apech 31-10-2022 10:23 AM
Byk dah contoh influencer yg top2 bukak bisnes, sombong. tp since dorang tak belajar tinggi kan, tp berlagak konon lg berjaya dr kwn2 dulu. Bisnesnya kejap je....

Starter pack diorang ni, meroket naik, jual produk nokharom, show off kereta, buat wisma, buat holdings, buat rumah, beli keta cash.

Hujung malu nak ngaku bisnes dah sendu..

Contoh influencer yg dok maki kedai asam pedas melaka. dulu kemain berlagak..sekarang niaga donut. mana pegi kau punya produk. terus buat company holding masa tu. tak abis spm.

Lg sorang yg niaga kek/ beger malaysia harga yahudi. Kemain beli keta, eksiden je terus beli keta baru cash. Sekarang pulun buat kek berbijik dekat rumah baru dia tu. Rumah pun design hauk. Siap ber wisma bagai.  

Ni la contoh kaduk naik junjung
Quote ifanonline 31-10-2022 10:51 AM
says the influencer...

what a dick...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.052129 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top