CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Alasan Nak Pergi Ambil Lesen Kereta, Dua Isteri Orang Dicekup Berkhalwat Dengan Lelaki Bangladesh

30-10-2022 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6022| Komen: 70

Kulim: Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan dua wanita selepas didapati berkhalwat dengan dua lelaki warga Bangladesh dalam bilik berasingan di sebuah rumah tumpangan di Lunas, di sini, hari ini.


Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan dengan bantuan polis di rumah tumpangan itu selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan dua pasangan terbabit.

"Hasil pemeriksaan di bilik pertama pada 11.30 pagi tadi mendapati, seorang wanita yang masih berstatus isteri orang dan mempunyai empat anak itu ditemui berdua-duaan dengan seorang lelaki warga Bangladesh.

"Wanita berusia 38 tahun itu menetap di Kulim dan mendakwa memberi alasan kepada suaminya untuk mengambil lesen kenderaan hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.


Foto: Harian Metro


Mengulas lanjut, Anwar Shariffudin berkata, di bilik berasingan, wanita berusia 26 tahun turut dicekup berkhalwat dengan lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun pada 12.45 tengah hari.

"Wanita yang ditahan di sebuah lagi bilik juga sudah berkahwin tujuh tahun tetapi belum mempunyai anak.

"Dia turut memberi alasan kepada suaminya untuk mengambil lesen kenderaan bersama rakan," katanya.

Katanya, kedua-dua wanita itu bekerja di sebuah kilang plastik dan mengenali lelaki warga Bangladesh itu melalui aplikasi WeChat.

"Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lunas untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 29-10-2022 10:22 PM
Hidup lagi rupanya

Quote Friska 29-10-2022 10:23 PM

8.1K komentar, lucu-lucu Kakak

[fbp]https://www.facebook.com/harianmetro/posts/pfbid02MLWSQR6pCyArFuuBkXM4kusq1yrMCrSbi99fSsD1wMizmcNfKNBgvadm3ufW52Xcl[/fbp]
Quote Friska 29-10-2022 10:25 PM
..jpg
Quote Zack8hunter 29-10-2022 10:27 PM
lain maciam selera acik2 ni
Quote noor2 29-10-2022 10:44 PM
Gemok mcm badak air pun boleh mencurang
Quote felinecat 29-10-2022 10:46 PM
Beria betul friska.. Die xtau ke kt jkm, ramai anak bangla dgn indon.. Udah crett, tinggal gitu saje nyusahkan taxpayer.. Lepas tinggalkan, cari pasangan baru, buat lg
Quote Goodluckdontcry 29-10-2022 10:48 PM
Satu perkataan...muntah..
Quote FOTHER-MUCKER 29-10-2022 10:48 PM
Berani 2 isteri, silap silap lahir anak rupa Bangladeshi berbapakan melayu
Quote sharlenetexas 29-10-2022 10:49 PM
felinecat replied at 29-10-2022 10:46 PM
Beria betul friska.. Die xtau ke kt jkm, ramai anak bangla dgn indon.. Udah crett, tinggal gitu saje ...

Patutnya kerajaan Malaysia minta pampasan dari kerajaan indon. Bil hospital tak bayar. Lari tinggal baby baru beranak mcm tu je. Manusia ke perangai mcm ni?


Quote pokaibanktokyo 29-10-2022 10:57 PM
Zack8hunter replied at 29-10-2022 02:27 PM
lain maciam selera acik2 ni

Kulim banyak pemastautin tetap indon.
Quote pokaibanktokyo 29-10-2022 10:58 PM
FOTHER-MUCKER replied at 29-10-2022 02:48 PM
Berani 2 isteri, silap silap lahir anak rupa Bangladeshi berbapakan melayu

Berbapakan indon
Quote apalancut 29-10-2022 11:19 PM
FOTHER-MUCKER replied at 29-10-2022 10:48 PM
Berani 2 isteri, silap silap lahir anak rupa Bangladeshi berbapakan melayu

[youtube]ecuVXzE2aAk[/youtube]


Bila dah sedap tak pikir.. besok2 jadi mcam acik nih.. anak tak dapat warganegara Malaysia.. lepas tu menyalak2..
Quote PanadolExtend 29-10-2022 11:20 PM
Zack8hunter replied at 29-10-2022 10:27 PM
lain maciam selera acik2 ni

Acik2 suka yg bulus2 bau bawangs
Quote Friska 29-10-2022 11:28 PM
Edited by Friska at 29-10-2022 11:32 PM

Ternyata kompak ya
Isteri buat alasan ambil lesen memandu berkhalwat dengan lelaki Bangladesh
Oleh AZAHAR HASHIM
29 Oktober 2022, 10:19 pm

KULIM – Dua wanita dicekup berkhalwat dengan pasangan masing-masing yang merupakan warga Bangladesh di sebuah inap desa di Lunas di sini hari ini.

Mereka ditahan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Wanita berusia 26 dan 38 tahun itu ditahan di bilik berasingan bersama pasangan masing-masing berusia 35 tahun.

Dua wanita terbabit dikatakan memberi alasan mahu keluar untuk mengambil lesen memandu kepada suami masing-masing.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan dengan bantuan polis selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat itu.

“Hasil pemeriksaan ke atas sebuah bilik di inap desa itu menemui seorang wanita berusia 38 tahun yang berstatus isteri orang dan mempunyai empat anak berdua-duaan dengan seorang lelaki warga Bangladesh.

“Wanita terbabit mendakwa memberi alasan kepada suaminya ke Kulim untuk mengambil lesen memandu,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan yang dilakukan di bilik berasingan menemui seorang lagi wanita berusia 26 tahun bersama pasangannya seorang lelaki warga Bangladesh.

“Wanita itu juga sudah berkahwin selama tujuh tahun tetapi belum mempunyai anak.

“Dia juga memberi alasan kepada suaminya untuk mengambil lesen memandu bersama seorang rakan di Kulim,” ujarnya.

Katanya, dua wanita itu bekerja di sebuah kilang di daerah Kuala Muda dan baru seminggu mengenali lelaki warga Bangladesh melalui aplikasi WeChat.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014,” katanya.

Tambahnya, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lunas untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/10 ... -lelaki-bangladesh/


Quote Kak-Rohana 30-10-2022 12:46 AM
Yg penting.. bertudong yee
Quote ~boolean 30-10-2022 01:09 AM
Beromen tempat murah memang senang kena cekup..
Quote airfilterkotor 30-10-2022 01:20 AM
Secara jujurnya... memang tengik baunya.
Jangan kata lelaki, opismate pompoan pun dok komplen.

2 bini orang tu memang idung sumbat ke hape?
Quote pyropura 30-10-2022 01:31 AM
Yg.yg.jantan Melayu pulak angkat pelarian Rohingya jadi Ayahanda. How low level  bangsa kita kan
Quote rogayahtop 30-10-2022 05:56 AM
Kalau pegi kedai yg abangla jd cashier mmg boleh nampak perangai pompuan melayu dah tua2 pun merenyam dgn abangla. kita tengok pun geli dah mcm birah sgt. dgn lelaki melayu tak boleh nak buat, abangla jd mangsa.





Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.056066 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top