Malam pertama penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA22) menyaksikan sebanyak 38 anugerah disampaikan dalam majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.
Dalam senarai penerima anugerah itu, pelakon Hilal Azman dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik menerusi drama Amanat, manakala kategori wanita pula menjadi milik Nabila Huda menerusi drama Jeti. Kategori Pelakon Komedi TV Terbaik turut mencuri tumpuan apabila trofi itu menjadi milik pelakon Noorkhiriah menerusi drama Madu yang disiarkan di saluran TV Okey. Mengulas kemenangannya itu, Noorkhiriah berkata ia merupakan satu penghargaan yang cukup bermakna sepanjang penglibatan sebagai anak seni.
"Kali terakhir saya menang anugerah pada 2011. Ini amat bermakna buat saya sebagai pelakon. Belum ada rezeki untuk filem tapi untuk drama TV sudah cukup. "Saya pun tak sangka menang sebab pesaing hebat malam ini. Anugerah ini jadi pembakar semangat untuk terus berlakon," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT