Pendatang baharu dalam industri muzik iaitu Stellar menjadi beberapa kumpulan wanita yang berjaya mencipta nama seperti De Fam dan Dolla seagai pembkar semangat untuk mengikut jejak langkah kejayaan mereka.
Farisa selaku wakil bagi kumpulan Stellar berkata, kejayaan kumpulan wanita berkenaan mencipta nama membuatkan mereka yakin kehadiran mereka juga dapat diterima baik peminat. "Kejayaan kumpulan wanita seperti Dolla, De Fam dan lain-lain memberi semangat kepada kami untuk tidak mudah berputus asa dan yakin bahawa kami juga dapat melakukannya. "Kami berempat juga sentiasa berpegang pada prinsip, 'kalau mereka boleh, kenapa kami tidak?," katanya.
Stellar bakal muncul dengan single pertama berjudul Where You Wanna Go pada November ini terbitan Sony Music Entertainment Malaysia. Selain Farisa, Stellar turut dianggotai oleh Hany, Hasya dan Sheena. Dalam pada itu, Hany pula memberitahu bukan mudah bergelar artis baharu tetapi mereka mempunyai keistimewaan serta keunikan tersendiri dalam mencipta nama sebagai penyanyi berkumpulan. Jelas Hany, Stellar sudah bersedia untuk berdepan dengan dunia hiburan sekali gus mempelajari perkara baharu dan menerima teguran sekiranya ada melakukan kesilapan. "Kami masih baru tetapi kami berani dan yakin untuk berdepan dengan dugaan yang akan datang nanti. "Stellar juga sedia menerokai pelbagai perkara baru tentang industri muzik dan menjadikan ia lebih baik. "Kami juga bersikap terbuka dalam menerima teguran jika ada membuat salah dan bersedia untuk memperbaikinya," ujarnya. -CARI Sumber: mStar Online
|
CariMalay replied at 30-10-2022 04:06 PM
Gambar pertama yang semua baju hitam dua dari kanan tu macam muka makcik2 umur 40 an, macam bapok tu ...
she replied at 30-10-2022 11:23 AM
Berapa umor deme ni?
Macam mana nak tarik fans
Ghoper deme macam acik2 dah
she replied at 30-10-2022 11:23 AM
Berapa umor deme ni?
Macam mana nak tarik fans
Ghoper deme macam acik2 dah
dua_chzy replied at 30-10-2022 07:54 PM
Mebe deols nak represent acik2 macam kita.
cikatilia replied at 30-10-2022 12:56 PM
Dan feminin.
ADVERTISEMENT