CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dimaki Jadi Perosak Rumah Tangga, Kazar Anggap Ira Kacau Syamsul Yusof Perkara Kecil Je

30-10-2022 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10400| Komen: 105

Kazar memohon masyarakat tidak mudah menghukum sehingga mengguris perasaan keluarga berhubung kontroversi melibatkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar yang didakwa menjadi perosak rumah tangga orang lain.


Kazar atau Kazaruddin Saisi, 63, berkata, dia berharap masalah melibatkan Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan segera.

Foto: IG

"Nasihat saya kepada netizen, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita.

"Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat," katanya kepada mStar.


Kazar ditemui ketika majlis Anugerah Seri Angkasa 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.



Dalam pada itu, Kazar enggan memberi sebarang komen lanjut berhubung kes berkenaan memandangkan ia masih dalam siasatan selain tidak mahu menimbulkan salah faham antara kedua-dua belah pihak.

Pun begitu, sebagai seorang bapa, Kazar sentiasa memberi sokongan penuh terhadap Ira ketika dia berdepan dengan masalah sebegini.

"Saya tidak boleh beri sebarang komen lanjut kerana perintah mahkamah.

"Ira okey sahaja... kami sekeluarga memberi sokongan penuh kepadanya," ujarnya.



Sarah sebelum ini membuat dua aduan iaitu di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas dakwaan penglibatan orang ketiga dalam rumah tangganya manakala di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dakwaan melakukan gangguan.

Untuk rekod Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul.

Ira disiasat bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 30-10-2022 11:29 AM
Tang orang lain.boleh la kau begitu..
Cuba kena pada anak kau nanti...kita tengok elok tak ayat2 kazar...
Quote chocobozhere 30-10-2022 11:35 AM
Esok esok anak dia pulak kena. Yelah masalah bukan besar sangat pun kan.....
Quote ketupatnasi 30-10-2022 11:40 AM
Aneh. Sendiri yang start mempepekkan anak, hujong2 netizen kena mind ur language
Quote Straya 30-10-2022 11:43 AM
Dia menganjing puteri sarah, perli2 sampai mengguris perasaan orang tu boleh pulak
Quote heythere123 30-10-2022 11:57 AM
baik la dia senyap je
Quote airmineral 30-10-2022 12:42 PM
isu dosa pahala dia ckp bukan benda besar
tobat la pacik oiii
Quote Afifi82 30-10-2022 12:44 PM
Hanatnya kau.. Semoga esok2 anak kau seko2 kena ,ya.
Quote scarflicious 30-10-2022 12:47 PM
Jahatlah dia ni. Patut anaknya pun jahat. Eloklah kena saman. Jahat bebenor.
Quote Moyangkucing 30-10-2022 12:50 PM
Dari muda sampai tua bodoh dia ni
Quote mawardia 30-10-2022 12:51 PM
Adekah u ols semua ingat heshe kisah apa org nk ckp pasal keluarga heshe? Sikit pun dia tak heran yachh. Target dia mmg nak keluarkan anak2 dari rumah sbb dah penat menanggung anak cucu sbb anak jenis pemalas x nk keje, and kalau yg nak kawen dgn anak dia tu ialah seorang jutawan, itu satu bonus!
Quote Aikiko 30-10-2022 12:54 PM
Dah padan...anak dia kan
Pok cik....anak2 dara tu ramai, esok2 klau ank prmpuan ko kena camni takpun cucu prmpuan yg kena sila jangan meroyan!!

Senang sangat ckap bukan perkara besar
Quote newyork 30-10-2022 12:56 PM
Dulu suka gak tgk dia berlakon..perangai mcm ni mmg banned la nak tgk...
Quote simmes 30-10-2022 12:56 PM
Terus aku tak suka pakcik ni sejak porumer share ss post takde otak dia.
Anak kau semak membirah dgn laki orang, kau jadi bapak tak dapat nak kontrol pun senyap2 sudah la.
Ini perangai sama jahanam
Quote cikatilia 30-10-2022 12:57 PM
Dia buat org boleh
Quote Hoola 30-10-2022 01:07 PM
Perlhwinn Ibarat mndirikn masjid
Bngga ke nk runtuhkn masjid??
Quote jihyomelly 30-10-2022 01:20 PM
sendiri yg bangga p£p#k anak org suka..bangga public toilet..sama naik anak branak..jenis suka org cakap kan?
Quote bungarose 30-10-2022 01:24 PM
Bapa yang gagal didik anak
Quote Incanto 30-10-2022 01:36 PM

sbb perangai bapa camni...harap anak dia kalah kes kena masuk penjara

Quote kuzaime 30-10-2022 01:41 PM
Wow mcm xde apa aje gaya dia bercakap dunia ni berputar pakcik. Jangan esok2 turn anak kau pulak kena sondol, ko bergabung merempan sudah

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.114588 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top