CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

A.Aida Bukanlah Sebodoh Yang Disangka

30-10-2022 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3158| Komen: 29

Berlapang  dada menerima teguran segelintir pihak mengkritik selepas timbul polemik tentang pendapatnya yang lebih mengutamakan rupa paras berbanding bakat lakonan, penerbit sensasi Datuk A. Aida tampil menjelaskan keadaan sebenar.


Jelas pengasas dan pengarah urusan A. Aida Production itu, dia tidaklah buta mahupun tuli untuk sewenang-wenangnya mengambil seseorang berlakon dalam projek lakonan bawah syarikat kendaliannya hanya bersandarkan rupa paras cantik, kacak atau bertubuh sasa semata-mata.

Getusnya, bakat adalah yang paling utama. Kalau tiada elemen tunjang itu dalam diri seseorang, cantik, kurus, petak atau lonjong sekalipun, memang tidak akan ke mana.


Foto: Kosmo


“Fikir logiklah sedikit. Tiadalah sampai semua projek drama mahupun filem syarikat saya nak ambil pelakon yang sedap mata memandang sahaja. Saya tidak sebodoh itu.

“Setiap pelakon yang saya ambil berlakon perlu menjalani proses uji bakat. Kalau mereka bagus, saya ambil. Jika cantik atau kacak, itu bonus buat mereka.

“Apa yang saya ingin tekankan di sini, bakat paling penting dan selebihnya adalah bersifat subjektif. Saya juga percaya, bakat boleh diasah. Nak masuk dalam industri, perlu juga ada minat. Kalau setakat berlakon semberono dan fikir suka-suka, industri ini barangkali bukan karier tepat buat individu sebegitu,” katanya ketika dihubungi Pose.

Bukan ingin menegakkan benang yang basah, A. Aida, 52, bagaimanapun menjelaskan, sesuatu projek lakonan itu terpulang juga dengan kehendak skrip.

“Terpulang skrip dan juga pengarah nak yang macam mana. Kalau kehendak skrip mahupun pelakon boleh bawa watak Gollum dalam filem Lord of the Rings, kita cari pelakon yang begitu.

“Kalau kehendak skrip mahukan watak yang cantik dan kacak, itu uji bakat mereka yang ada kualiti sebegitu.

“Saya tidaklah kejam atau buta sangat semua projek produksi perlu sedap mata memandang. Kalau ada semua itu tapi tiada bakat memang saya reject. Tahun ini sahaja dah lebih 100 orang saya tolak tak kira rupa paras.

“Azhan Rani pernah berlakon bawah projek produksi saya. Amerul pun saya pernah tawarkan, namun beberapa kali dia kata sibuk. Saya juga peminat dia. Dia seorang pelakon yang luar biasa.

“Kalau ada watak yang sesuai, mengapa saya perlu menidakkan rezeki seseorang? Seni lakonan untuk semua tak kira rupa paras. Ingat, yang penting adalah bakat dan minat. Dua elemen ini kalau bergabung, insya-Allah, boleh pergi jauh,” simpulnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fealefea 30-10-2022 11:49 AM
Saya sokong a aida. Cerita dia, pasal bercinta cintun. Mesti la yg lawa2 je baru terbuai penontonnya. Ni nabila razali, puteri najwa yg direbot2 laki kaye ramai2 cam x logik kot. Kalau amelia henderson ke, dd ke, fazura ke baru la match
Quote heythere123 30-10-2022 11:53 AM
yih banyak pusing ye nenek ni
Quote sleepandream 30-10-2022 12:32 PM
ce amek acik2 forum berlakon... wajah semua tiptop persis miss universe tawwww
Quote cikatilia 30-10-2022 12:58 PM
Fakenek dah mcm muka ponden
Quote meah_kelabu 30-10-2022 12:59 PM
tak bodoh sangat yang terkono dgn maskhan tu kensss nek daa
Quote Perawankota 30-10-2022 04:33 PM
Dia ada time pandai, sebabtu boleh jadi producer. Ada time bodo2 gak, sebabtu kena tipu dgn laki n gang anak ikan
Quote mamajawie 31-10-2022 01:10 AM
Perawankota: Dia ada time pandai, sebabtu b ...


Kah3, terciduk kena tipu dek hanak hekan..btw ingatkn tadi ciklan shah kt gmbar atas..
Quote pocongkiutss 31-10-2022 07:05 AM
fealefea replied at 30-10-2022 11:49 AM
Saya sokong a aida. Cerita dia, pasal bercinta cintun. Mesti la yg lawa2 je baru terbuai penontonnya ...


Masalahnya yg acik ni Nadia Brian, Ct Khadijah sendu..menarik kew?
Quote KamikuP 31-10-2022 10:05 AM
Yg bodo tu acik2 yg tengok filem/drama dia yihhh sgt
Quote rosedemon 31-10-2022 10:19 AM
ooo ingt bodoh sgt okla tu simpan sikit bodoh
Quote one_aiman 31-10-2022 10:20 AM
sori la kalau tengok cite cintan cintun ni, x selera la nak tengok pelakon2 x cantik x hensem..nasib baik sekali lagi cinta kembali tu amik pelakon baru..xleh bayang watak hayat tu dapat kat idris khan
Quote LadyCarefree 31-10-2022 10:23 AM
KamikuP replied at 31-10-2022 09:05 AM
Yg bodo tu acik2 yg tengok filem/drama dia yihhh sgt

Exactly! Spaer tgk drama melayu mmg jenis meleis bodo. Kihkihkih
Quote LadyCarefree 31-10-2022 10:25 AM
pocongkiutss replied at 31-10-2022 06:05 AM
Masalahnya yg acik ni Nadia Brian, Ct Khadijah sendu..menarik kew?

Baru nk ckp. Smlm ternampak fanclub sheols namanya sweeties of siti. Blwerkkkk muntah ijo. Pastu ada kip sheols bercanda tepi sungai dgn jantanz mana entah. Npak sgt trying too hard nak jd sweet.
Quote Pujangga22 31-10-2022 10:34 AM
ada betul nya jugak..sapa nak tgok klu pelakon gigi rongak penuh jerawat and hitam berkerak kann...lagi2 drama cintan cintun
Quote heythere123 31-10-2022 10:39 AM
LadyCarefree replied at 31-10-2022 10:25 AM
Baru nk ckp. Smlm ternampak fanclub sheols namanya sweeties of siti. Blwerkkkk muntah ijo. Pastu a ...

biar la dah tu fanclub dia, ko nak panas pehal nyah
Quote idril 31-10-2022 10:57 AM
aku bukak tibi pun mmg aku nak tgk hensem2 lawo2... so so so?
Quote PocongTerbang 31-10-2022 12:36 PM
Edited by PocongTerbang at 31-10-2022 12:43 PM
LadyCarefree replied at 31-10-2022 10:25 AM
Baru nk ckp. Smlm ternampak fanclub sheols namanya sweeties of siti. Blwerkkkk muntah ijo. Pastu a ...


Mohtip chuols merentan psl fanclub sheol? untuk tak ot,mcm ada porumer ckp,ikutlah production tu mcm mana,sbb pakai duit sendiri mcm tok aida ni.kat korea nun berlambak je drama cintan hero heroin kayu tapi sukses sbb rupa helok walaupun skrip dgn lakonan sama2 tak boleh pakai.ada juga drama yg hero heroin takde rupa sgt tapi tetap sukses,cuma kes mcm ni usually drama or filem aksi or seram la.setakat ni iols belum nampak lagi drama cintan korea hero heroin muka so-so.
Quote laksmanabentan 31-10-2022 12:40 PM
nenek banyak duit kann... boleh la pilih sendiri yang sedap2 gitu kann...
dapat bonus pun lagi bessttt kannn... alang2 kannn... ulalalalaa...
Quote babelina 31-10-2022 03:04 PM
duit aku drama aku .. sukahati aku la nk ambik pelakon hensem cantik.. katanyaaaaaaa..hahaha
hari sabtu hrtu AAida di gandingkn dgn Mikel Ang kty anugerah sri angkasa.. Mikel ckp sy ambik pelakon ikut stesen tv yg nk cantik2 hensem2.. haaa.. tu la jwpn sbnrnya..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.044204 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top