Hidup berumahtangga pastinya mempunyai bermacam ujian dan cabaran untuk melihat sejauh mana ketabahan pasangan suami isteri itu mempertahankan keluarga mereka.
Namun, ada juga pasangan yang mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan sendiri untuk berlaku curang dalam diam. Menerusi perkongsian seorang wanita di Facebook hari ini, dia memaklumkan suaminya telah curang dengan isteri orang sehingga sanggup berhabis wang untuk memuaskan kehendak kekasihnya itu. Lebih malang, tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada dua orang anak terus dilupakan apabila nafkah yang sewajarnya diberi tidak dilaksanakan lelaki tersebut. “Genap 11 tahun perkahwinan saya diuji oleh Allah suami curang bercinta dgn isteri orang dan dalam beberapa bulan mereka bercinta suami nekad nak berkahwin dengan wanita itu. “Jadi kami bercerai di mahkamah yang sama, saya dengan suami dan wanita tu bercerai dengn suaminya juga. “Dari masih berkahwin sehingga selepas bercerai suami tak prnah bagi nafkah atau nafkah anak walau sekali pun,” luahnya. Katanya, dia terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai makan demi menampung perbelanjaan hidup bersama anak-anaknya. Menurut wanita itu lagi, perkahwinan kedua suaminya tidak bertahan lama dan selepas hampir setahun bernikah, lelaki itu meninggalkan wanita berkenaan yang juga merupakan ibu kepada lima orang anak. “Tak sampai pun setahun lepas itu suami bercerai, suami pujuk saya balik dengan dia dan tanpa fikir panjang terus terima, sekarang dah 19 tahun kami hidup bersama. “Tapi tiada perubahan perangai suami tetap sama dan sudah banyak kali curang dan sekarang tinggalkan saya dan anak-anak tanpa sebarang berita,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
shernazz: Artikel mcm ni elok masuk kat board family2 tu..Sebab isu ni bukan isu semasa..tapi sepanjang masa
CiliPadiSedap replied at 30-10-2022 02:41 PM
ramai je cmni sis, beli handbag untuk isteri 2nd hand lepas tu riak kantoi dengan skandal. orang ...
midori888 replied at 30-10-2022 03:22 PM
Tetiba teringat plak kisah my fren, dia nie ramai gal2 berkenan sbb berduit...satu hari tu sorang ...
sukacactus replied at 30-10-2022 03:47 PM
Apasal kat CI skrg byk artikel hubungan nikah cerai gini
Mcm xkena la
Bengap betul reporter cari ni ...
green~tea replied at 30-10-2022 04:12 PM
Tak malu nya pompuan tu.. hahahhahahahaha
midori888 replied at 30-10-2022 04:44 PM
Kisah lama..masa tu dia early 40s, mmg tgh time miang terlebih...haha...until now sorang jer wife ...
green~tea replied at 30-10-2022 04:12 PM
Tak malu nya pompuan tu.. hahahhahahahaha
wirazam replied at 30-10-2022 05:12 PM
Demi sebulan handbag jenama mahal...so dia dpt dpt hbag jenama mahal free tuh
midori888 replied at 30-10-2022 03:22 PM
Tetiba teringat plak kisah my fren, dia nie ramai gal2 berkenan sbb berduit...satu hari tu sorang ...
green~tea replied at 30-10-2022 05:13 PM
Maybe sbb diri sendiri tak mampu kot..
green~tea replied at 30-10-2022 04:48 PM
Ye lah.. kalo kita ni malu laa nak meminta2 pada manusia lain... tp pernah je iols kenal org yang ...
wirazam replied at 30-10-2022 05:15 PM
Oh..silap reply tadi..so apa kesudahannya..that gal dpt tak hbag berjenama free tu atau dia cancel ...
green~tea replied at 30-10-2022 04:12 PM
Reporter kelas belakang.. sbb apply job tempat lain asek kena rejek je..
ADVERTISEMENT