Baru-baru ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan terdapat lima produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.
Salah satu produk itu tiba-tiba menjadi bualan netizen selepas tular foto pengasas bersama suaminya berada di hadapan bangunan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM). Dalam gambar yang dikongsi di laman Facebook pada 4 Oktober lalu, pengasas memaklumkan dia sedang bertungkus lumus bagi membuktikan bahawa produknya selamat dan mendapatkan kelulusan SIRIM. ![]() Founder Kantoi Busuk- Konon Bertungkus Lumus Buktikan Kosmetik Selamat, SIRIM Sahkan Tak Pernah Uji Produk Mereka
Namun posting berkenaan menjadi hangat apabila pihak SIRIM ada meninggalkan satu komen pada foto itu menafikan bahawa mereka telah melakukan penyelidikan terhadap produk pengasas berkenaan. “SIRIM Berhad ingin menegaskan bahawa SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk S*** D*****." “Untuk sebarang pertanyaan berkenaan pengujian produk kosmetik, sila hubungi [email protected],” tulis pihak SIRIM. Meskipun pihak SIRIM sudah memberi kenyataan tersebut, pengasas itu dilihat tidak mengambil tindakan lanjut sebaliknya membiarkan sahaja orang ramai ‘berkumpul’ sekali gus menerima pelbagai kecaman. Sementara itu, akaun Facebook PQ Community yang sering berkongsi maklumat tentang produk kesihatan dan kosmetik turut menyuarakan isu terbabit dengan memuat naik beberapa tangkap layar kenyataan pihak SIRIM. Malah, mereka juga menyeru masyarakat supaya tidak mudah terpedaya dengan kata-kata segelintir pengasas bagi sesebuah produk yang lebih kepada ‘sembang’ semata-mata. “SIRIM pun nafikan. Tapi kan kalau hantar SIRIM pun mestilah sample suci murni kan. Tak kan nak hantar sample ada bahan terlarang. “Sebab tu jangan percaya bila ponder (founder) cakap itu ini. Banyak bohong, menipu dan merapu daripada benarnya,” kata PQ Community. -CARI
|
mawardia replied at 30-10-2022 08:28 AM
English yg terlalu broken membuatkan i ols rengsek. Udah ler menipu, menulis pun tak reti. Zizik
tumpanglalu74 replied at 30-10-2022 08:53 AM
https://www.nona.my/rugi-ratusan-ribu-ketika-fenomena-banjir-2014-pasangan-suami-isteri-ini-bangki ...
mehmet replied at 30-10-2022 08:00 AM
Tayang bag.
Kitty_catz replied at 30-10-2022 10:10 AM
cap apoo tu?
mehmet replied at 30-10-2022 08:00 AM
Tayang bag.
totokreturn. replied at 30-10-2022 10:17 AM
sale dia berjuta la, anak didik jijan seman pulak tu
Kitty_catz replied at 30-10-2022 10:24 AM
oo jijan jajan yg menega ailo bashiiii ropanya
tahi (dilempar)
ADVERTISEMENT