Malang nasib seorang gadis apabila perjalanannya untuk pulang ke rumah pada petang Khamis lalu bertukar menjadi peristiwa yang pahit dalam hidupnya.
Gadis itu baru sahaja selesai mengikuti pengajian di sebuah madrasah di Kampung Sakatipara, Bangladesh sebelum dia diseret dua orang lelaki ke kebun teh. Dua lelaki itu cuba untuk merogolnya namun gagal kerana mangsa menjerit kuat. Mereka kemudiannya melarikan diri kerana bimbang ditangkap oleh penduduk kampung. Selepas pulang ke rumah, mangsa mengadu hal itu kepada keluarga sebelum satu laporan polis dibuat pada hari kejadian.
Pada Jumaat pagi, dua pelaku iaitu Firoj Ali, 27, dan Maruf Hossain, 21, ditangkap oleh pihak berkuasa. Mereka dibawa ke Mahkamah Panchagarh sebelum Majistret Kehakiman Md Asrafuzzaman meluluskan perintah agar mereka terus dihantar ke penjara pada hari yang sama. - CARI Sumber: mStarThe Daily Star
|
ezacbee replied at 30-10-2022 11:25 AM
Lelaki kat sana memang tau merogol orang je ke?
ADVERTISEMENT