Video alunan selawat Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 yang juga personaliti TV, Farhatul Fairuzah bersama penyanyi Zizi Kirana mendapat perhatian netizen.
Menerusi video berdurasi 31 saat yang dikongsikan di Instagram, warganet dan rakan selebriti teruja medengar alunan selawat Zizi bersama Farhatul yang merdu. Rata-rata mereka memuji tindakan Zizi dan Farhatul yang berani untuk berselawat di kawasan terbuka sambil ditonton orang awam. Menjegah ke ruangan komen, warganet mendoakan agar Zizi terus istiqamah untuk menjadi wanita yang lebih baik.
|
ADVERTISEMENT