CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hayla Bakal Jadi CEO, Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Galakkan Anak Peremuan Jadi Artis

29-10-2022 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1525| Komen: 5

Aeril Zafrel, 33, mengakui dia dan isterinya, Wawa Zainal bekerja keras membina perniagaan untuk diwarisi empat cahaya mata mereka apabila dewasa kelak.

Aeril berkata, apa yang diusahakan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan masa depan anak mereka terjamin.

Foto: IG

“Kami selalu memberitahu anak kedua, Hayla, dia bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Memang apa yang kami usahakan sekarang ini demi untuk masa depan mereka.

“Kami sedang berusaha mencari dan memasang strategi untuk kekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Seperkara yang saya belajar, untuk naik senang, tetapi untuk kekalkan itu yang susah,” katanya.




Aeril yang ditemui pada pelancaran pewarna bibir, Fruit Candy Lip Tint di Boathouse, Ampang, baru-baru ini, bagaimanapun tidak akan menyekat anaknya untuk meneroka minat dalam bidang lain.

Namun, secara peribadi, pelakon filem Jibril dan Sabda Kekasih itu melihat, Hayla banyak mewarisi bakat lakonannya serta isteri.



“Kami galakkan Hayla masuk industri hiburan kerana dia ada bakat. Bukan senang untuk kanak-kanak pada usia sepertinya mengingati skrip, melakonkan watak sedih dan tidak malu bila berada di hadapan kamera.

“Saya sudah 16 tahun dalam industri. Sebagai anak seni, saya dapat membezakan pelakon yang dikurniakan anugerah istimewa atau dipaksa-paksa beraksi di depan kamera.

“Saya dan Wawa tengok Hayla paling berbakat, selain anak ketiga kami, Soffya. Mereka kelihatan ‘natural’ di depan kamera. Tetapi, kami tanya juga minat dan apa yang ingin mereka buat.



“Tidak kisah apa minat mereka kerana paling penting, kami tekankan didikan asas, termasuk aspek agama. Itu yang paling utama,” katanya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzam 29-10-2022 02:53 PM
Alhamdulillah perancangan yg baik. Harap2 tak jadi mcm keluarga arwah Dynars cosmetic tu.
Quote Piramida 29-10-2022 02:54 PM
Papa Megah Holdings.
Quote Adrif 29-10-2022 03:05 PM

diorang laki bini dah boleh berlatih dialog cliche drama pukul 7  

Quote kotakominami 29-10-2022 05:57 PM
" Daniel anak papa, papa nak lantik kamu sebagai CEO syarikat Megah Holding. Papa mahu daniel berkahwin dgn anak Tan Sri Jony supaya kita dapat kaut projek biliun biliun itu" .....
Quote nakkomenjugak 29-10-2022 06:24 PM
yeahh build that generational wealth

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.127914 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top