CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mungkin Dinasour, Lelaki Jumpa Gigi Haiwan Zaman Purba Di Sungai Lereh

29-10-2022 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1973| Komen: 16

MELAKA – Seorang lelaki di Tangga Batu di sini mendakwa menjumpai fosil berupa gigi haiwan yang dipercayai dari zaman prasejarah ketika menjala di perairan muara Sungai Lereh, tiga bulan lalu.


Menurut Suhaimi Hussin, 43, berdasarkan kepada struktur fosil tersebut, dia percaya ia me­rupakan fosil bahagian gigi sejenis haiwan pemangsa pada zaman purba.


Foto: Kosmo

“Saya terkejut apabila ‘fosil’ ini tersangkut di dalam jala dan apabila ia dibersihkan, saya percaya objek itu adalah bahagian gigi sejenis haiwan pemangsa.

“Saya ada cuba mencari maklumat mengenai penemuan ini di internet, tetapi gagal. Yang pasti fosil itu bukan spesies ikan kera­na struktur giginya yang besar.


“Selain fosil ini, saya menjumpai beberapa kepingan cengkerang seakan-akan penyu, namun mempunyai struktur tajam pada bahagian tepi,” katanya ketika ditemui Kosmo!

Suhaimi memberitahu, selepas menjumpai fosil gigi itu, dia telah menghubungi sebuah universiti yang menjalankan kajian paleontologi tentang fosil haiwan untuk berkongsikan penemuan tersebut, namun usaha­nya itu tidak mendapat perhatian sehingga kini.

“Saya juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) ­untuk membuat kajian ke atas fosil ini yang telah lama saya ­temui.

“Bagaimanapun, ia mestilah satu usaha sama yang dipersetujui dan memberikan pulangan kepada kedua-dua pihak,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejaka_hensem 29-10-2022 02:24 PM
Ke tulang biawak?
Quote Samerosie 29-10-2022 02:25 PM
Haiyo belum apa2 dah ckp gigi dinosaur.  Sama lah dgn adik yg jumpa muntah paus tu.
Quote Thunderclouds 29-10-2022 02:40 PM
I doubt it..
Quote Highflyer19 29-10-2022 03:43 PM
Ntah gigi palsu sapa jatuh dalam tu tiba2 jadi gigi dinasor…nasib baik tak cakap raksasa yang lawan ultraman
Quote Omai 29-10-2022 04:08 PM
yakinnya kamuuu
Quote shernazz 29-10-2022 04:26 PM
Gigi geraham buaya
Quote Skuau 29-10-2022 04:39 PM
jgn la pi jauh dulu..kena umumkan la....' Sesapa orng Melaka kehilangan gigi...sila hubungi/wasap saya.....
Quote albedah 29-10-2022 05:11 PM
Yakinnya kamuuuuuu... Patut le universiti tak layan sebab ada term menguntungkan kedua2 belah pihak.. ko sim0an la smpai reputtt...
Quote Austronesian 29-10-2022 09:04 PM
Cuba nasib nak buat duit
Quote PanadolExtend 30-10-2022 09:29 AM
Konfident dia memang A!
Quote gideoncross 30-10-2022 09:04 PM
Highflyer19 replied at 29-10-2022 03:43 PM
Ntah gigi palsu sapa jatuh dalam tu tiba2 jadi gigi dinasor…nasib baik tak cakap raksasa yang lawan ...

Yg ni lawak.
Quote edayildiz 30-10-2022 09:41 PM
mcm tulang/ rangka ikannnn..
tp dinosour mmg wujud ke zaman dulu?
bkn dongeng ke
Quote HabukBesi 1-11-2022 12:01 PM
Quote Artemesiaa 1-11-2022 12:06 PM
Elok benar2 pastikan dulu sama ada benar dinasour ke tidak sebelum buat penumuman.  
Quote Gingerly 1-11-2022 12:19 PM
Pernah mimpi brachiosaurus besarrr badan berbulu2 perang
Quote dudaberhias 1-11-2022 12:26 PM
tak silap tulang tak boleh tahan selama tu kan dalam air?
entah lah memang ada je pun dinosaur ke haiwan pra sejarah dekat Malaysia ni sebab dah ada penemuan sebelum ni... cumanya yang ni pakcik ni konfiden sangat... cuba la test dulu ke untuk kajian...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.080132 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top