CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wuhan Lockdown Semula, Hampir 1 Juta Penduduk Duduk Rumah

29-10-2022 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5237| Komen: 57

Wuhan yang sebelum ini dikatakan lokasi bermulanya penyebaran virus Covid-19 kembali 'lockdown', hampir tiga tahun sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Langkah ini diumumkan ketika China memperketatkan langkah pencegahan Covid-19 setelah lebih dari 1,000 kes dicatat selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun berdasarkan standard antarabangsa, kes di China masih dianggap kecil tetapi langkah ini dibuat setelah melihat varian Omicron yang sangat mudah menular, menimbulkan kebimbangan negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu.


Foto: Reuters

Wuhan melaporkan sekitar 20 hingga 25 jangkitan baharu setiap hari minggu ini, mendorong pempimpin setempat mengarahkan lebih dari 800,000 penduduk di sebuah daerah itu untuk duduk di rumah sehingga hujung minggu ini.


"Saya tak tahu apa yang harus dibuat. Jika kami masih boleh bertahan hidup seperti ini, saya rasa itulah yang akan kami lakukan.

"Ketika melihat berita tentang Covid-19, kami sekarang sudah tak merasakan apa-apa," kata seorang penduduk Wuhan, Chang, 38, memetik Reuters.

Wuhan juga menangguhkan penjualan daging babi di beberapa bahagian bandar itu, menurut gambar dan posting di media sosial, setelah satu kes Covid-19 ditemukan yang mana pihak berkuasa mengaitkan jangkitan itu dengan daging babi tempatan.

Guangzhou, bandar keempat terbesar di China dan ibu kota Guangdong, pada Khamis juga menutup lebih banyak jalan. -CARI

Sumber: mStar Online/ Reuters

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 29-10-2022 02:20 PM
Sampai abang jamil mampos.


Quote becir 29-10-2022 02:22 PM
China ni dah kenapa?
Quote jejaka_hensem 29-10-2022 02:26 PM
Import export dari china mmg susah sekarang ni.byk kje kena buat.penat bethol
Quote syamzana 29-10-2022 02:38 PM
eh sudah sudah laaa. asyik lock open lock open. tara skrg pun peel pelik2, sekat lama2 makin mental peel depa
Quote cmf_premierleag 29-10-2022 02:40 PM
akak lg suka WFH sebenornya
bleh avoid politik opis dan acik2 kepam opis sana tu..akak x kisah psl jem sbb akak naik mrt jah pi opis
so harap msia buat la lg lockdown
Quote clarizsa 29-10-2022 02:43 PM
Mmm gila lah
Negara lain xyah la ikut cm china ni
Serabut betul laaa
I lagi rela mati dr kna pkp cm sebelum ni
Quote jazaa100 29-10-2022 03:11 PM
Msia kes harian 4000++ relax jer....

China yg rakyat merenyut bkn main takut lg
Quote edayildiz 29-10-2022 03:13 PM
rindu jaman pkp
jalan xjem..wfh
tp i lg suka masuk ofis
Quote Kak-Rohana 29-10-2022 03:17 PM
Tu la.. dulu US offer MRNA vaksin korang tolak nk guna vaksin timbang kilo korang dek. Now.. menggelupor la variant mcm2 beranak pinak. Lockdown lah ye sampai merepot dek
Quote CiliPadiSedap 29-10-2022 03:20 PM
clarizsa: Mmm gila lahNegara lain xyah la ikut cm china niSerabut betul laaaI lagi rela mati dr kna pkp cm sebelum ni


sis mati nanti duda sis nak bagi siapa? friska?

Quote CiliPadiSedap 29-10-2022 03:21 PM
edayildiz replied at 29-10-2022 03:13 PM
rindu jaman pkp
jalan xjem..wfh
tp i lg suka masuk ofis

babi pun aman2 sondol tong sampah tengah bandar time pkp. dia fikir pokok ubi kayu
Quote CiliPadiSedap 29-10-2022 03:22 PM
kalau china lockdown maksudnya vaksin dia org bekalkan xberkesan ke? ni berita gembirakan blastoff
Quote jfq 29-10-2022 03:22 PM
Edited by jfq at 29-10-2022 03:24 PM

Baru balik travel overseas
Mmg aman2 aje xda tourists group dari China
Kalau tak kat hotel bfast, airports, places of attractions penuh set2 depa
Quote airmineral 29-10-2022 03:29 PM
apesal wuhan juga?
Quote green~tea 29-10-2022 03:32 PM
cmf_premierleag replied at 29-10-2022 02:40 PM
akak lg suka WFH sebenornya
bleh avoid politik opis dan acik2 kepam opis sana tu..akak x kisah psl j ...

Aamiiin...

Suka WFH
Quote green~tea 29-10-2022 03:36 PM
Weiii.. aku baca berita ni depa tuduh babi yang bersalah?????? Apsal tanak mengaku sinovek kau tu yang tak berkesan


Sian babi... dah le disamakan dengan pelbagai lahanat manusia... dituduh menyondol guling2 rumahtangga orang... pehtu now dituduh penyebab covid menular semula

Quote hyie 29-10-2022 03:51 PM
cmf_premierleag replied at 29-10-2022 02:40 PM
akak lg suka WFH sebenornya
bleh avoid politik opis dan acik2 kepam opis sana tu..akak x kisah psl j ...

omg meols pon suka yach sebab jalan jadi lengang pastu kedai makan pon takda orang sangat sesuai untuk iols yang malas masak ni yachhh
Quote blastoff 29-10-2022 04:08 PM
Edited by blastoff at 29-10-2022 04:09 PM

sebab tu penjawat awam dolu2 nak dimatikan guna bioweapon covid vaksin memandangkan depa tak wujud pungg tak beri kesan pada negara, asyik WFH ramai2 pungg negara tak terjejas kok mana pungg tunjukkan depa tak di perlukan di workplace ler tuh  .....pak mael plan nak boh robot 5G tu yg kalut dok pacak tiang 5G merata2 utk buat kerja2 yg depa buat lani ler
Quote blastoff 29-10-2022 04:12 PM
cmf_premierleag replied at 29-10-2022 02:40 PM
akak lg suka WFH sebenornya
bleh avoid politik opis dan acik2 kepam opis sana tu..akak x kisah psl j ...

kalau kau nak tau binatang ternak seperti ba alif ba ya yg nak disembelih akan di kurung terlebih dulu agar jadi gemuk gitteww, so WFH tujuannya utk bagi manyak kolesterol dalam badan sebab asyik dok bertenggek kat rumah lalu cepat sket mati mengejut kerana MYOCARDITIS gitteww

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.067905 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top