CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keluarga Setuju, Da’i Syed Nak Kahwin Dengan Pengacara TV Al Hijrah, Hana Ismail?

29-10-2022 01:05 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 23997| Komen: 171|Original author: LilRose

Pendakwah selebriti Da’i Syed mengakui sedang mengenali hati budi apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan Hana Ismail.


Kredit foto: IG

Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal, 27, bagaimanapun enggan terlalu terbuka bercerita mengenai hubungannya dengan pengacara stesen televisyen Al Hijrah itu kerana bimbang yang dirancang tidak menjadi.

“Terpulanglah pendapat orang ramai hendak menilai hubungan kami. Saya hanya minta doakan yang terbaik agar dipermudahkan segala urusan.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh bercakap lanjut lagi. Takut nanti apa yang dirancang tidak menjadi. Jika ada berita baik ke arah hubungan yang lebih serius saya akan beritahu,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai fotonya dan Hana bersama kedua-dua ibu mereka dalam sebuah majlis, Da'i Syed menjelaskan ia hanyalah pertemuan dua keluarga untuk mengenali lebih lanjut antara satu sama lain.


Kredit foto: IG

Katanya, keluarga mereka tiada masalah untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Jelasnya, dia mengenali Hana dua minggu sebelum pertemuan antara dua keluarga itu.

Bersedia menggalas tanggungjawab nakhoda rumah tangga, Da'i Syed berharap perancangan ke arah membina masjid itu berjalan lancar.

“InsyaAllah saya sudah bersedia untuk kahwin. Biarlah kami berkenalan dahulu. Kalau sudah confirm nanti pasti saya akan kongsikan,” jelasnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 29-10-2022 01:08 PM
ewww, terdesak sangat ke hana benana nak ke jantan ni?
Quote doubleA 29-10-2022 01:09 PM
Muka setebal tembok besar china. Good luck to the lady
Quote heythere123 29-10-2022 01:11 PM
ke mamat ni syok sendiri?
Quote heythere123 29-10-2022 01:14 PM
doubleA replied at 29-10-2022 01:09 PM
Muka setebal tembok besar china. Good luck to the lady


frust tau kalau hana betul2 pilih dia sebab she can do better

apo nak kawen dgn org terpalit kontroversi jenayah
Quote doubleA 29-10-2022 01:19 PM
heythere123 replied at 29-10-2022 01:14 PM
frust tau kalau hana betul2 pilih dia sebab she can do better

apo nak kawen dgn org terpalit kont ...


Asal berlaki kot dan pompuan yg baik tak kisah masa silam jantan choyyyy

walaupun satu malaysia tau peel hauk jantan ni. Bior la kalau dia yg pilih, hidup dia, nak bebal pun dia
Quote heythere123 29-10-2022 01:21 PM
doubleA replied at 29-10-2022 01:19 PM
Asal berlaki kot dan pompuan yg baik tak kisah masa silam jantan choyyyy  

walaupun satu malays ...

hana ni tak nak cepat2 counter ke statement jantan tak guna nih
Quote zuriey 29-10-2022 01:31 PM
Mcm tak lama je kalau kahwin [em:8:]
Quote bungarose 29-10-2022 01:39 PM
Perempuan nih da fikir habis2 ker?
Quote Tembikaigoreng 29-10-2022 01:44 PM
Eeeeuuu Hana!! JANGANNNNN!!
Quote emera 29-10-2022 01:44 PM
Spesis lopak ke dia punye desperate???
Quote heythere123 29-10-2022 01:48 PM
zuriey replied at 29-10-2022 01:31 PM
Mcm tak lama je kalau kahwin [em:8:]

maybe sheols rela pegang title janda kot dari andartu #donepitenah
Quote heythere123 29-10-2022 01:49 PM
emera replied at 29-10-2022 01:44 PM
Spesis lopak ke dia punye desperate???

i harap tak sampai tahap tu

tapi pelik yakmat kalau Hana ni desperado sebab spec sheols elok, dah kenapa nak downgrade dengan jantan miang ni
Quote buapakperut 29-10-2022 01:58 PM
Jambang die macam idup segan mati tak mahu je
Quote tuttt 29-10-2022 02:03 PM
heythere123 replied at 29-10-2022 01:11 PM
ke mamat ni syok sendiri?

Rasa macam syok sendiri la. Kemon hana takkan jantan ni kau nk jadikan laki
Quote nakkomenjugak 29-10-2022 02:34 PM
Ahhhh hell nawwwwwww
Nanti dengan montot2 ko sekali kena


melainkan...


tapi seyes laaaa.... mamat ni??? dah takde lagi ke mamat decent kat malaya ni?
Quote dudaberhias 29-10-2022 02:44 PM
rhoper macam beruk salji dan orang utan pon ko selera yach dikkk... selamat berbahagia dengan sun wukong... mesti kalau ada anak nanti... anak akan bagitau ayah dia masuk TV... rupanya TV3 tengah tayang filem cina the monkey king ulangan 1990an punya...
Quote seeriesagain 29-10-2022 02:44 PM
Knowing kak pah, mesti dia akan investigate dulu sblm jadikan menantu.. Huhu
Quote nipskacang 29-10-2022 02:55 PM
Seriousla hanaa pilih dia nih , mgu lps rse nye ada dahlia attend majlis hana tapi xspecify what occasion
Quote Olumis 29-10-2022 03:29 PM
Geli ahhh. Perempuan tu pun tolongla fikir banyak kali

Lihat semua komen(171)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.136382 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top