Bakat atau kepandaian murid tidak wajar diukur melalui subjek Matematik dan Sains semata-mata. Pakar IQ Kanak-Kanak, Dr Noor Aishah Rosli berkata, tidak semua kanak-kanak berminat dengan dua subjek ini.
“Kalau kita nak tengok sifat logik Matematik ini kita boleh nampak dari silibus Sains dan Matematik sahaja. “Tapi tidak semua kanak-kanak ini berminat dan pemikiran mereka tidak semestinya boleh mencapai pemahaman dalam bidang Sains dan Matematik ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika program Disebalik Isu bersama Finaz Yunus (FY) ‘Apa hala tuju silibus sekolah rendah kita?’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat. Turut menjadi panelis Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPM), Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. “Jadi sebenarnya kalau disebut pasal IQ dan kecerdasan anak-anak ini banyak perkara yang perlu kita lihat. “Sebab itu, saya percaya kenapa adanya subjek muzik dan persatuan lain diwujudkan di sekolah sebagai kurikulum tambahan untuk merangsang pemahaman anak-anak ini,” kata beliau. Jelasnya, untuk melihat kecerdasan anak-anak bukan sahaja bergantung dengan Sains dan Matematik dan juga bukan bergantung pada silibus sekolah tetapi lebih daripada itu sebenarnya. “Silibus sekolah ini terikat dengan silibus yang standard, kalau nak lihat kanak-kanak itu dari segi sudut ‘multiple intelligent’ boleh masukkan mereka dalam kelas renang, muzik... kita cuba pelbagaikan. “Malah sekarang ini ramai ibu bapa yang cipta silibus untuk anak sebab tidak mahu mereka hanya pandai satu aspek sahaja iaitu akademik mereka hendak pelbagaikan lagi kebolehan anak itu,” katanya. Ujarnya lagi, tahap pemikiran (IQ) bukan dinilai pandai dalam akademik sahaja, tetapi bermaksud seorang individu itu daripada usia bayi dua tahun sehinggalah dewasa mempunyai skil dan bakat yang berbeza. “Kadang-kadang ada anak-anak tak pandai Matematik dengan Sains, tapi minat dan selalu masuk pertandingan bahas serta sains teknologi itu sebenarnya satu kelebihan,” katanya. Sumber: Sinar Harian
|
Orenn1 replied at 29-10-2022 01:15 PM
Bagi aku science tu ajar basic utk sekolah rendah sbb bukan semua budak2 nak ambil aliran science na ...
Kak-Rohana replied at 29-10-2022 05:21 AM
Agreed… terlalu complex hingga pupils kurang minat. Tekan2 pd benda2 yg karut jew. Awal2 students ...
Orenn1 replied at 29-10-2022 01:26 PM
Itulah duk tekankan suruh lebih masa utk science kat sekolah rendah, aku pun tak faham kak rohana, ...
Orenn1 replied at 29-10-2022 01:28 PM
jgn merepekk ajarr benda complicated psl science utk umur budak sekolah rendah
Cekgushilla replied at 29-10-2022 05:36 AM
Skrg KPM sendiri dh bercelaru
Ptut fasa skolah rendah utk explore minat murid
Utk ckgu kenal pote ...
Cekgushilla replied at 29-10-2022 05:39 AM
Cer belek2 buku teks sains dr djrh 1-6
Online pon ada hehehehe
Orenn1 replied at 29-10-2022 01:43 PM
betull sgttt, tak realistic lah dorg ni, dorg ingatt budak2 sekolah rendah kena belajar cepat2 nak ...
Cekgushilla replied at 29-10-2022 05:53 AM
Sbb tu aku paham apa ckgu fadhli tu cuba sampaikan bab silibus syok sendiri ni
Bukan sbb dia tak r ...
Kurex replied at 29-10-2022 01:40 PM
Buat apa pamdai tapi adab takde
sarahmirza replied at 29-10-2022 08:33 AM
Tak pandai sains & maths tapi pandai bidang lain, pandai juga...
Peringkat sekolah rendah, ajar bas ...
ADVERTISEMENT