CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sibuk Jaga Hal Orang, A. Aida Nak Saman CEO Awesome TV Kalau Tak Tarik Balik Kenyataan Menghasut

29-10-2022 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2155| Komen: 12

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Awesome TV iaitu Datuk Adam Ilyas berdepan tindakan saman oleh penerbit drama Datuk A Aida kerana menghasut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) supaya mengambil tindakan tegas menggugurkannya sebagai ahli lembaga agensi itu.


A. Aida atau Zaidah Awang berkata, pemilik stesen televisyen itu tidak berhak untuk mempersoalkan pelantikannya kerana ia telah dipersetujui oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.



"Atas kapasiti apa dia hendak mencadangkan Finas mengambil tindakan terhadap saya? Saya tidak buat apa-apa kesalahan dalam Finas malah penyertaan saya sebagai ahli lembaga Finas ialah untuk membantu agensi itu dalam memberi manfaat kepada pekerja-pekerja seni," katanya kepada mStar.


A. Aida mengulas laporan media memetik kenyataan Adam yang mendakwa dia tidak layak menggalas peranan sebagai ahli perbadanan Finas selepas dia melontarkan pandangan hanya memilih pelakon kacak dan cantik untuk berlakon bawah produksi keluaran syarikatnya.

Adam dalam siaran medianya tidak bersetuju dengan pendapat A. Aida selain menegaskan kenyataan wanita itu tidak bijak dan merosakkan industri seni negara apatah lagi ia datangnya daripada seorang ahli Lembaga Pengarah Finas.

Jelas A. Aida, kenyataannya sebelum ini atas kapasiti dia sebagai ahli perniagaan iaitu penerbit A. Aida Production yang mana pemilihan pelakon berdasarkan rupa paras dibuat selepas persetujuan dengan stesen televisyen dan juga kerana mengikut kehendak skrip.

Malah kriteria pemilihan pelakon bawah produksinya, seseorang itu perlulah mempunyai bakat terlebih dahulu sementara soal wajah pula ialah pakej tambahan.

"'Kalau yang datang uji bakat tu kacak, sado dan cantik tapi lakonan macam kayu, takkan saya nak ambil?

"Tahu atau tidak, dah berapa ramai pelakon kacak, sado dan cantik yang saya ‘reject’ semasa datang uji bakat? Saya juga perlu menjaga kualiti dalam sesebuah penerbitan saya," tambahnya.

Dalam pada itu A. Aida menegur Adam agar tidak sibuk menjaga hal orang lain sebaliknya menyelesaikan dahulu masalah yang dihadapi dengan produser drama tempatan.

Selaku Timbalan Presiden, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) A. Aida mendedahkan pihaknya mendapat banyak aduan daripada produser bahawa pihak Awesome TV tidak melunaskan bayaran karya yang disiarkan di saluran TV itu.

"Ramai produser pengadu kepada pihak kami, Awesome TV masih tak bayar hutang selepas membeli karya mereka.

"Produser dah keluarkan duit untuk bayar pelakon tapi kalau stesen TV masih tidak lunaskan pembayaran, macam mana produser kita nak cari makan apatah lagi kalau ia melibatkan produser baru.

"Sepatutnya stesen TV seperti Awesome ini membantu produser-produser kita dan bukannya memberi beban kepada mereka," tegurnya yang menuntut agar pembayaran tertangguh kepada produser dibuat segera.

Tanpa mahu mendedahkan nama-nama produser yang menjadi mangsa A. Aida berkata, walaupun kenyataan dia baru-baru ini mengundang kontroversi namun dia tidak pernah berhutang dengan mana-mana artis yang berlakon bawah syarikatnya.

Justeru A. Aida menuntut agar CEO stesen televisyen berkenaan agar menarik semula kenyataan dibuatnya itu.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 29-10-2022 01:28 PM
aduh aduh
Quote Perawankota 29-10-2022 06:53 PM
Ni abg ipar nynaa harizal kan..
Quote pocongkiutss 29-10-2022 06:56 PM
Aku menyampah ngan makcik perasan lawa ni
Quote simmes 29-10-2022 09:10 PM
Ingatkan haliza misbun
Rasa dulu macam lain muka dia ni
Quote Timortimur 29-10-2022 09:22 PM
Habislah...si nina jelly
Tok zaidah mesti tak akan offer dia berlakon under her production
Quote .HannahMontana. 29-10-2022 09:36 PM
Apa yg A Aida kata tu betul

dulu ada  sheila rusly pun pernah disoal tentang pelakon lebih berbakat kenapa xde ambil berlkaon

dijawabnya sheila rusly , penerbit tv dan buat senarai nak pelakon mana , artis mana untuk tayangan di slot slot TV mereka

Jadi , sebagai pengeluar drama atau filem atau rancangan/program TV mereka kena ikut sebab penerbit nak jual produk mereka pada stesen TV yg nak beli program mereka

Itulah kenyataannya

mereka survey tengokkk penonton nak tengok siapa

itulahhh

mmg apa yg A aIDA CAKAP TU BIKIN PEDIHHHH tetapi BERKATA BENARLAH WALAUPUN PERIT !!!
Quote .HannahMontana. 29-10-2022 09:37 PM
DAHHH HODOH JAGALAH PERANGAI BAGI ELOK


org lawa ni perangai hodoh pun laku


nasiblahhhhhhh

habuan masing-masing xsama

Quote inspektoremos21 29-10-2022 09:38 PM
Meols ingat dulu awesome tv ni ac mizal punya huhu
Quote jalfa 29-10-2022 09:41 PM
Biasa proposal penerbit list retis..bila submitt stesen tv cantas la mana yg x berkenan tu masuk la yg mana stesen tv rasa leh jual..sbb tu kena ada kabel tnb kat stesen tv
Quote Acikgomen 29-10-2022 09:49 PM
Timortimur replied at 29-10-2022 09:22 PM
Habislah...si nina jelly
Tok zaidah mesti tak akan offer dia berlakon under her production

Heshe manade masuk set dah lepas kena kidnap dgn apak kenten nye tuh
Jadi trofi wife je skang ni
Quote pocongkiutss 29-10-2022 11:11 PM
jalfa replied at 29-10-2022 09:41 PM
Biasa proposal penerbit list retis..bila submitt stesen tv cantas la mana yg x berkenan tu masuk la  ...

So iols tetappp tak paham kenapa kemut dulu selalu masuk Slot Akasia? Why??
Quote jalfa 29-10-2022 11:16 PM
pocongkiutss replied at 29-10-2022 11:11 PM
So iols tetappp tak paham kenapa kemut dulu selalu masuk Slot Akasia? Why??

Kemut dulu tok zaidah ni la yg ambik jd heroin dgn patah kayu tu..dedua kayu masa tu...tp katanya dulu kakak kemut ada kabel tnb kat tb 3suku..betul la tok zaidah bilang yg kayu tu boleh polishhh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.032196 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top