CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azab Rakyat Malaysia 'Dihukum' Makan Daging Tikus Disalut Cili Pedas Dan Hati Ayam

29-10-2022 12:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1707| Komen: 4


Lebih tujuh bulan menempuh pengalaman diazab, seorang rakyat Malaysia akhirnya berjaya diselamatkan dari KK Garden semalam yang merupakan sebuah lokasi terpencil di Myanmar.


Usaha membawa pulang David (bukan nama sebenar), 21, kembali ke tanah air turut dibantu seorang peniaga warga Malaysia yang berada di Thailand yang dikenali sebagai Victor Wong.


Seorang lelaki Cina berumur 21 tahun (tengah) selamat tiba dari Myanmar yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Balai Ketibaan KLIA 1 di sini, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok turut menolong mangsa daripada segi dokumen perjalanan bagi membolehkan dia balik dengan menaiki pesawat Thai Airways penerbangan TG 417.


Ketibaan lelaki itu yang berasal dari Selangor disambut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.

“Mangsa ini mulanya diarah pergi ke Kelantan sebelum dibawa masuk mengikut laluan tikus ke negara jiran awal Februari lalu.

“Dari Thailand, dia dipaksa menaiki sebuah kereta melalui perjalanan selama dua hari lagi bagi menyusup masuk ke Myanmar dengan ugutan renjatan elektrik sebelum tiba di KK Garden,” katanya menerusi wakil perhubungan MHO, Daniel Khoo.

Mengulas lanjut, David mendedahkan bahawa terdapat ribuan lagi rakyat Malaysia berada di KK Garden dengan diagihkan kepada beberapa ‘syarikat’ untuk operasi penipuan atas talian.

“Pelanggan mereka di seluruh dunia termasuk Malaysia dan mangsa skim penipuan tawaran pekerjaan ini dikerah bertugas 17 jam dengan diberikan makan percuma tiga kali setiap hari.

“Mereka yang gagal capai sasaran jualan akan dipukul dengan teruk selain diseksa berlari atau tekan tubi serta makan daging tikus disalut cili pedas dan hati ayam,” katanya.

Katanya, kesemua mereka dilayan seperti hamba abdi dengan ditempatkan dalam bilik kecil yang setiap satunya mengandungi lapan orang tanpa ada kemudahan bekalan elektrik dan air bersih.


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 29-10-2022 12:52 PM
Edited by Skuau at 29-10-2022 12:54 PM

di Msia...apa ni itu tak boleh,ini tak boleh,ini tak adil,itu tak adil.Itu pon....sedap jer ko makan bak kut teh...
Quote noor2 29-10-2022 01:02 PM
Knp x salahkan budak2 ni atas tujuan cari rezeki lebih.  Malaysia ni pun bnyk org yg hidup susah....
Dah mereka kena tipu bukan kehendak mereka...
Quote monreyes 29-10-2022 03:56 PM
bangsa ni mmg pandang hina keje2 biasa kat msia...
Quote pokaibanktokyo 29-10-2022 09:58 PM
monreyes replied at 29-10-2022 07:56 AM
bangsa ni mmg pandang hina keje2 biasa kat msia...

Tak jugak. Mereka tahu diri sendiri hina dina sejak kecil lagi

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.071235 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top