CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Thailand Nafi Dakwaan Penculikan Lelaki Malaysia Di Songkhla

29-10-2022 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 818| Komen: 1

Polis Thailand pada Jumaat menafikan dakwaan seorang ahli perniagaan Malaysia bahawa dia diculik di Songkhla baru-baru ini.

Timbalan ketua polis pelancong dan jurucakap Mej Jen Apichart Suriboonya berkata lelaki berusia 46 tahun itu sebenarnya melarikan diri daripada polis selepas ditahan kerana menghisap baraku di tepi jalan di Sadao pada 19 Oktober.


Gambar hiasan

Merokok baraku (juga dikenali sebagai hookah) dilarang di Thailand dan lelaki itu ditahan hasil maklumat awam.

"Siasatan mendapati pegawai polis imigresen dan pelancong telah mengarahkan lelaki itu pergi ke Pusat Khidmat Pelancong untuk siasatan lanjut. 


Namun dia tidak mahu memberi kerjasama mahupun menunjukkan dokumen perjalanannya kepada pegawai.

"Lelaki itu kemudiannya bersetuju untuk menaiki trak pikap polis untuk ke Pusat Khidmat Pelancong," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Apichart berkata lelaki itu melompat dari trak ketika kenderaan polis berkenaan membelok dan dua hari kemudian pada 21 Okt dia meninggalkan Thailand. Lelaki itu masuk semula ke negara itu pada 24 Okt dan membuat laporan mendakwa dia diculik.

Sebaik polis mengetahui lelaki itu telah kembali ke Thailand, Apichart berkata polis pelancong Songkhla menyerahkan semua bukti kepada detektif di balai polis Sadao untuk pendakwaan.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 29-10-2022 01:45 PM
Sepandai2 tupai melompat…

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.065273 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top